in

“Pandai nak rosakkan otak budak-budak” – Link Video Seks Dijumpai Dalam Ruang Komen YouTube Didi & Friends

Collage 21

Dalam kalangan kanak-kanak, kartun Didi & Friends memang sangat famous, lebih-lebih lagi lagu-lagunya yang catchy memang boleh buat budak-budak semua excited.

Video-video yang dimuat naik di YouTube Didi & Friends pun semuanya harmless dan tak ada apa yang perlu dirisaukan pun kan?

C95F785F2Ac9F934Ba467E96579E8091
Sumber: pinterest

Macam yang korang tahu, zaman sekarang pula, anak dengan gadget memang susah nak dipisahkan. So, sebagai ibu bapa, apa yang kita boleh lakukan adalah pantau aktiviti anak-anak masa dorang guna gadget ni.

Yelah, takut-takut dengan perasaan curiosity yang memang menebal dalam diri budak-budak sedang membesar ni, nanti benda lain pula yang dorang tengok.

Tapi sejauh mana kita boleh halang anak-anak dari tengok benda yang tak sepatutnya?

Baru-baru ini, seorang netizen telah memuat naik beberapa gambar di Facebook menunjukkan penemuan yang mengejutkan semasa dia scroll ruangan komen dalam video kartun kegemaran anaknya, Didi & Friends.

Screenshot 2019 11 14 At 3.29.10 Pm

Bercakap dengan Lobak Merah, Sheith Khidhir mengatakan, selalunya anak dia hanya tengok video di aplikasi YouTube Kids di telefon bimbit.

Namun, ada satu video Didi & Friends bertajuk “Rumah Misteri & Lain-lain” yang menjadi kegemaran anaknya untuk tonton di PC.

Nak dijadikan cerita, bapa ini tergerak untuk scroll di ruangan komen video itu dan menemui satu komen dari akaun yang menggunakan nama “ХХХ AMАTЕUR SЕХ VIDЕO – CLIСK НERE. Bukan tu je, akaun ini juga turut menggunakan gambar yang boleh dikatakan lucah sebagai profile picture.

74235575 10217922357424931 1842329210916438016 O

Menurutnya lagi, komen tersebut dah berada di situ selama dua minggu dan sehingga sekarang ia masih belum diturunkan!

Dah tentulah link ni tak ditujukan untuk orang dewasa dan bukan juga untuk budak sekecil anak saya. So, untuk siapa sebenarnya?”

Admin mengambil inisiatif untuk klik akaun tersebut, dan ini apa yang admin lihat:

Screenshot 2019 11 14 At 10.43.56 Am

Bayangkan, ini baru satu yang ditemui. Di YouTube, ada berjuta-juta video kanak-kanak dalam dan luar negara dan entah berapa ramai orang-orang tak bertanggungjawab macam ni selit link video-video tak senonoh di ruangan komen.

Menurut TechCrunch, YouTube mempunyai polisi yang jelas menghalang setiap konten dan komen yang membahayakan kanak-kanak dan mengatakan mereka sentiasa cuba untuk membuang akaun dan komen yang tak sepatutnya.

Kami berterusan untuk menguatkuasakan polisi ini dan cuba untuk membuang akaun dan komen yang tak sepatutnya dari platform kami.”

Kalau benda macam ni pun masih terlepas dari pandangan YouTube sendiri, memang mustahil untuk ibu bapa nak pantau satu-satu ruangan komen setiap video yang anak-anak suka tengok.

For now, mungkin cara paling “selamat” adalah bagi anak tengok video di YT Kids yang memang kita tahu content  dia terkawal dan tak ada ruangan komen di situ.

Apa-apa pun, admin harap perkongsian ini boleh buat ibu bapa dekat luar sana lebih peka dengan apa yang anak-anak tengok di gadget mereka.

 

Baca: “Nafsu mengatasi segalanya” – Bapa Sanggup Jual Bayi RM47,000 Sebab Nak Bayar ‘Live Streaming’ Video Lucah

Bapak Jual Anak