in

“Nafsu mengatasi segalanya” – Bapa Sanggup Jual Bayi RM47,000 Sebab Nak Bayar ‘Live Streaming’ Video Lucah

Bapak Jual Anak

Demi untuk membayar ‘live streaming’ video lucah hos wanita kegemaran, seorang bapa tergamak menjual bayi perempuannya, lapor Daily Mail.

Lelaki yang bernama Lu itu berasal dari wilayah Fujian di China dan memiliki seorang anak lelaki serta seorang anak perempuan. Lu juga mendakwa isterinya sudah melarikan diri dan dia tidak mampu untuk membesarkan kedua-duanya.

Awal tahun ini, Lu diperkenalkan dengan satu pasangan dari bandar Fuzhou yang berminat dan mahu menjadikan bayi perempuannya sebagai anak angkat mereka. Pada pertemuan pertama, Lu menunjukkan gambar dan video anaknya kepada pasangan itu di mana mereka berdua terus bersetuju untuk membelinya.

Pasangan tersebut dilaporkan mempunyai masalah kesuburan dan anak lelaki mereka mati pada  tahun 2017. Jadi disebabkan itu mereka mahu mengambil anak perempuan Lu sebagai anak angkat mereka.

Kemudian pada bulan Februari pasangan itu datang semula ke kampung halaman Lu dan mengambil anak itu dengan membayar sebanyak 80,000 Yuan (RM47,357). Wang itu kononnya sebagai upah nutrisi serta kontrak yang ditandatangani.

Baby5
gambar hiasan

Lepas dah dapat duit tu, dia menggunakan ‘kekayaan’ sementara yang dimiliki untuk membayar ‘live streaming’ vlogger perempuan kegemarannya itu. Semuanya terbongkar pada bulan Mei apabila pasangan tersebut cuba memohon kad pengenalan untuk anak itu menggunakan sijil kelahiran palsu.

Lu dan pasangan itu kini berdepan dengan dakwaan pemerdagangan kanak-kanak. China memang terkenal dengan industri hiburan seperti itu, wanita berpakaian seksi dan buat aksi mengghairahkan dan menggoda.

Pihak berkuasa di sana kini sudah memperketatkan kawalan dan mengenakan syarat tertentu untuk rancangan seperti itu. Malah pada Januari lepas, kerajaan menghalang wanita yang buat ‘live streaming’ video daripada memakai lingerie, uniform yang seks termasuklah yang see-through.

Durjana punya bapak!

Baca: “Bodoh ke dia ni?” – Ibu Sanggup Jual Anak Kembar Semata-mata Nak Beli Handphone Baru

Mother Sells Twin Babies For Rm26500 To Buy A New Phone And Pay Off Card Debts World Of Buzz 2