Palestin Terima Sorakan Gemuruh Walaupun Kalah Dalam Perlawanan Piala Asia Menentang Iran

Tambah ke Sumber Pilihan
Palestin Terima Sorakan Gemuruh Walaupun Kalah Dalam Perlawanan Piala Asia Menentang Iran

Walau tirai 2024 telah dibuka, namun kita mesti ingat bahawa penduduk Palestin masih lagi menjadi mangsa kekejaman negara haram Israel. Oleh tu, kita sebagai manusia berhati perut perlulah sentiasa buat apa saja yang dapat bantu rakyat di sana yang ditindas.

Sebenarnya, banyak cara korang boleh tolong Palestin seperti menghulurkan bantuan kewangan, boikot barangan pro-Israel ataupun menyatakan sokongan korang di pelbagai tempat atau platform yang ada.


Kalau di Stadium Education City, Qatar ni, seluruh stadium menunjukkan sokongan pada pasukan bola sepak Palestin dengan sorakan yang gemuruh walaupun dorang tewas menentang pasukan Iran dalam perlawanan Piala Asia awal pagi semalam.

Iran Soccer 1024X576 1

Walaupun penonton sokong pasukan yang berbeza namun, apa yang mengharukan ialah dorang tetap bersatu beri laungan semangat tak berbelah bahagi buat Palestin.

Malah, ada dalam kalangan penyokong Iran turut mengibarkan bendera Palestin sebagai tanda solidariti.

Gd1Lcrtx0Aa9C1DSumber: AFC Asian Cup Qatar 2023

Artikel berkaitan: “Respect!” – Peminat Celtic Berdiri Kibar Bendera Palestin, Nyanyi Lagu ‘You’ll Never Walk Alone’ Tanda Sokongan

Artikel berkaitan: Dr. Zulkifli Puji Semangat Anak Muda Malaysia, Tunjuk Sokongan Pada Palestin Dalam Roblox

Sebelum perlawanan bermula, upacara bertafakur dibuat terlebih dahulu bagi memperingati mangsa kekejaman Israel yang kini sudah berlarutan lebih tiga bulan. Setelah itu, kedengaran laungan ‘bebaskan Palestin’ dari kawasan penonton yang menggegarkan stadium tersebut.

Lepas je perlawanan bermula, Iran terus menjaringkan gol seawal minit kedua menerusi jaringan daripada Karim Ansarifard manakala gol kedua dan ketiga diperoleh Shoja Khalilzadeh dan Mehdi Ghayedi.

Namun, sorakan kedengaran lebih kuat apabila pemain Palestin, Tamer Seyam menjaringkan gol tunggal buat pasukannya.

Akhirnya, perlawanan ditamatkan dengan jaringan terakhir dibuat oleh Sardar Azmoun dari pasukan Iran yang menjadikan keputusan perlawanan, 4-1.

Biarpun begitu, Palestin masih ada peluang terakhir di mana dorang akan bertemu pasukan Emiriah Arab Bersatu bagi menentukan kedudukan dalam kejohanan Piala Asia ni.

Walau apa-apa pun, sokongan buat Palestin takkan pernah terhenti! 

Sumber: Astro Awani, TikTok, X

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Afiq Zahir
Lagi tulisan Afiq

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Palestin Terima Sorakan Gemuruh Walaupun Kalah Dalam Perlawanan Piala Asia Menentang Iran
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/palestin-terima-sorakan-gemuruh-walaupun-kalah-dalam-perlawanan-piala-asia-menentang-iran/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM