Terkini, viral di platform media sosial mengenai himpunan solidariti Palestin yang diadakan oleh kanak-kanak Malaysia secara maya dalam game Roblox yang terkenal. Disebabkan itu, ia mendapat perhatian seluruh negara sehinggakan orang luar pun kagum dengan tindakan ini.
Berikutan isu ini, bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Dato’ Seri Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri telah memuji sikap orang muda di Malaysia yang menggunakan cara yang unik dan moden untuk tunjuk sokongan kepada Palestin.
I'm quite pleased of the young Malaysian minds who started an online peace rally on Roblox in support of Palestine.
Your commitment to promoting peace, preventing genocide, war crimes, ethnic cleansing, and crimes against humanity, as well as raising awareness on one of the… pic.twitter.com/Z1iaxMEhDj
— Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri (@drzul_albakri) October 26, 2023
“Saya cukup gembira dengan minda orang muda Malaysia yang memulakan perhimpunan keamanan dalam talian di Roblox untuk menyokong Palestin.”
Katanya, perbuatan menggalakkan kedamaian dan menghalang jenayah kemanusiaan dalam permainan itu amat terpuji. Beliau juga menyatakan idea yang dicetuskan mereka ini amat luar biasa!
“Cetusan idea yang bagi saya amat luar biasa telah dikembangkan dalam bentuk demonstrasi melalui alat permainan semata-mata.”
Tambah beliau lagi, sikap yang ditunjukkan mereka dapat menyedarkan masyarakat khususnya kanak-kanak serta memberi semangat juang yang tinggi mengenai isu Palestin ini. Beliau juga turut mengucapkan tahniah kepada mereka yang terlibat dalam solidariti maya ini dan berharap supaya anak-anak Malaysia sentiasa cakna kepada bumi Baitulmaqdis.
Kalau lihat di ruangan komen, ramai netizen yang setuju dengan kata-kata beliau serta memuji tindakan kanak-kanak itu yang cintakan kedamaian buat Palestin.
Apa-apa pun, doa dan harapan kita buat rakyat Palestin di sana jangan pernah putus okay!
Sumber: X