in

“Pakai vest macam polis” – Dua Lelaki Menyamar Jadi Polis Buat Roadblock PKP, Rupanya Samun Pemandu!

Samun Roadblock

Dua individu menggunakan tempoh PKP dengan melakukan kegiatan samun di Pulau Pinang. Menurut Harian Metro, mereka lagak seperti polis yang kononnya sedang melakukan sekatan jalan raya.

Dalam satu kejadian di Jalan Sungai Lembu, Machang Bubok, Bukit Mertajam kira-kira jam 6.10 pagi hari Isnin baru-baru ini, seorang penyelia kilang cedera di bahu akibat dihentak dengan objek tajam.

Mangsa berusia 42 tahun ketika itu dalam perjalanan ke tempat kerja dan nampak kelibat dua lelaki yang memakai vest ada logo PDRM sedang melakukan sekatan jalan raya.

Z1

Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad, tanpa mengesyaki apa-apa mangsa kemudian memberhentikan keretanya untuk diperiksa.

“Ini kerana menurut mangsa ia sama seperti SJR yang dilakukan polis apabila terdapat kon yang diletakkan di jalan itu.”

“Dia kemudian menurunkan cermin kereta dan belum sempat bertanya salah seorang lelaki menarik rantai emas yang dipakai mangsa dan mencederakan bahu kanan mangsa dengan objek tajam.”

Mangsa terus melarikan diri daripada suspek dan bergegas ke Hospital Kulim, Kedah untuk mendapatkan rawatan. Malangnya, mangsa tidak dapat mengecam kedua-dua wajah suspek dengan jelas kerana mereka memakai penutup muka dan mulut.

Tiada CCTV di tempat kejadian untuk membantu siasatan namun semakan pihak polis mendapati tiada penugasan sekatan jalan raya dilakukan di kawasan tersebut. Mangsa menerima tiga jahitan di bahu kanan akibat kecederaan yang dialaminya. Pihak polis kini sedang giat memburu suspek dan kes disiasat dibawah 324/170 Kanun Keseksaan.

Baca: “Siram pokok di pejabat?” – Pengguna Jalan Raya Guna Alasan Tak Munasabah Untuk Keluar Rumah Sewaktu Sekatan Jalan Raya

Combine Pokok