“Siram pokok di pejabat?” – Pengguna Jalan Raya Guna Alasan Tak Munasabah Untuk Keluar Rumah Sewaktu Sekatan Jalan Raya

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Semenjak arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini dilaksanakan pihak polis dibantu oleh pasukan askar telah membuat beberapa sekatan bagi mengawal pergerakan pengguna jalan raya. Hal ini bertujuan untuk menghentikan rantaian wabak Covid-19 ini semakin merebak kepada lebih ramai orang.

Namun, mungkin masih ada segelintir pihak yang masih tak faham dan tak tahu lagi apa kesan dan akibat daripada wabak ini sehingga ada yang sanggup memberikan alasan yang tak logik dan munasabah kepada pihak polis supaya dapat ‘lepas’ daripada sekatan jalan raya tersebut, lapor Berita Harian.

Sebagai contoh ada yang memberi alasan nak pergi hantar kek, nak pergi beli surat khabar malah ada juga individu yang mengatakan nak keluar sebab nak siram pokok di pejabat. Korang, pokok mati boleh ganti lagi, kalau nyawa hilang tak boleh ganti dah.

Tapi ada yang lebih mengejutkan dimana ada individu yang tinggal di Shah Alam nak pergi beli barang dapur waktu ditanya dalam sekatan jalan raya di Plaza Tol Damansara. Uish, jauhnya beli barang dapur. 

Itulah alasan yang diterima oleh pihak polis yang bertugas untuk sekatan jalan raya sekitar Petaling Jaya.

Namun, tak ada laporan mengatakan anggota ibu pejabat polis daerah (IPD) Petaling Jaya dimaki dan dicerca susulan sekatan jalan raya yang dibuat.

Rata-rata netizen juga turut berasa bengang dengan individu yang bagi alasan macam tu waktu sekatan jalan raya dalam tempoh PKP ni.

Siram pokok nate beruk mung la

Tolong kesian dekat rakyat Malaysia yang lain 

Korang kalau nak keluar rumah tu biar untuk urusan yang penting je. Tak penting duduk diam-diam kat rumah sampai PKP tamat. 

Baca : “Tiga juta rakyat Malaysia MASIH INGKAR Pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)” – Panglima Angkatan Tentera M’sia

 

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Fadilah Rofiie

Penggemar makanan pedas, senang cerita tak pedas tak makan. Lagi selesa pakai sneakers daripada heels