in

Buat Rondaan Malam Tahun Baru, Buruh Binaan Ditahan Lepas Cuba Menyamar Jadi Polis

Menyamar Polis

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Macam-macam ragam manusia yang kita dapat lihat ketika sambutan ambang tahun baru 2020 beberapa hari lalu.

Terbaru, seorang lelaki tempatan berusia 27 tahun ditahan gara-gara disyaki menyamar menjadi anggota polis ketika malam tahun baru.


Menurut laporan Kosmo!, lelaki berkenaan menyamar sebagai anggota polis dengan memakai ‘vest’ tertera tulisan ‘Polis’ berwarna hijau di Jalan Pandan Cahaya 2/3 Pandan Cahaya, Ampang.

Artikel berkaitan: Kes Menyamar Jadi Anggota PDRM & Ganggu Pelancong Singapura, Polis Tahan 2 Lelaki

Artikel berkaitan: “Niat nak buat ‘prank’ tapi…” –  Lelaki Ditahan Kerana Menyamar Jadi Polis

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, suspek ditahan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Ampang Jaya ketika Op Khas Cegah Jenayah Ambang Tahun Baru pada pukul 1.45 pagi.

Whatsapp Image 2024 01 03 At 1.16.48 Pm

Difahamkan, perbuatan lelaki tersebut yang juga seorang buruh binaan itu terkantoi apabila dia gagal mengemukakan kad kuasa polis selain memberikan alasan yang tidak masuk akal.

“Kita juga merampas sebuah motosikal, satu anak kunci, sehelai vest tertera tulisan “Polis” dan sekeping kad pengenalan.

Hasil ujian air kencing terhadap suspek berusia 27 tahun itu adalah negatif dadah dan tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau,” katanya.

Dia kini direman selama empat hari dan tempoh tahanan tamat esok, kes ini disiasat bawah Seksyen 170 Kanun Keseksaan merujuk kepada menyamar penjawat awam dan Seksyen 89 Akta Polis 1967 kerana memiliki secara haram peralatan yang dibekalkan kepada pegawai polis.

Sumber: Kosmo!

Sumber: Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.