in

“Padan muka, suka betul aku tengok” – Geng Rempit Kena Rembat Dengan Makcik & Pakcik Sebab Memekak Di Tepi Pantai

Rempits Disturb The Peace On A Public Beach Gets Immediately Thrown Out By Uncles And Aunties World Of Buzz 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mat Rempit ni memang dah sinonim dekat mana-mana tempat sekalipun dekat Malaysia, selain kat atas jalan, main press-press moto tak bertempat, kat atas jalan raya, kawasan perumahan, ni dekat kat tepi pantai pun jadi.


Macam satu kejadian yang tengah viral kat Facebook sejak Sabtu lepas ni, boleh pula diaorang main press motor dekat tengah-tengah orang berkerumun masa tengah bekelah.

Berani mati ganggu orang awam dengan bunyi dan asap-asap berkepuk tu. Kan ada kanak-kanak kat situ. Macam orang tak ada common sense.

 

Masuk tempat anbawa otak bukan ekzoz paip  – Netizen

Org nk santai² tepi pantai korang lak nk santai² ramp moto kt situ….skali dtg tendangan jurus 7 petala….amek ko jajan….hahahaha

Posted by Long Botak on Saturday, August 31, 2019

Bukan itu sahaja, diaorang bawa motor kat atas pasir, dalam keadaan orang ramai termasuk budak-budak yang lari-lari tengah bermain di situ. Bengang dengan perangai mereka, orang ramai pun pergi serang diaorang ni.

Dalam video berdurasi 4 minit 32 saat tu, nampak ada sorang lelaki kejar salah seorang geng rempit tu. Lepastu ada sorang pakcik RELA terus tendang sampai motor tu tumbang.

Rempits Disturb The Peace On A Public Beach Gets Immediately Thrown Out By Uncles And Aunties World Of Buzz 2

Lepastu ada seorang makcik pegang kayu panjang marah dekat mat rempit tu sebelum orang ramai berkerumun melihat pergelutan mereka. Semua pengunjung tu marah dekat mereka sampaikan ada seorang pakcik ni bagi flying kick dekat dia. Padan muka!

Rempits Disturb The Peace On A Public Beach Gets Immediately Thrown Out By Uncles And Aunties World Of Buzz 3

Last-last, Mat Rempit semua tu terus cabut lari. Tak pasti kejadian dimata, tapi nampak gaya macam dekat Malaysia juga sebab kalau perhatikan betul-betul nombor pendaftaran motor tu macam Malaysia punya.

Ada netizen kata kejadian ni berlaku di Lahad Datu, Sabah. Haih! Kelakuan mereka ni patutnya harus dibendung sebab dah mengundang bahaya. Bukan sahaja pada manusia, malah pada alam sekitar pun.

Netizen semua padan muka kan diaorang ni!

 

Baca : “Sakit telo member belakang” – Mat Rempit Tunjuk Hebat Buat ‘Wheelie’ Tiba-tiba Terbabas Bila Nampak Awek

Rempit

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.