in

Padah Memandu Ketika Banjir! Wanita Terpaksa Bayar RM581,000 Untuk Baiki Kereta Rosak

Papa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Orang ramai selalunya dinasihatkan untuk mengelakkan daripada memandu kenderaan di dalam keadaan banjir kerana khuatir sesuatu yang buruk akan menimpa kenderaan tersebut. Inilah yang berlaku kepada seorang wanita di Singapura apabila keretanya rosak setelah memandu kenderaan tersebut dalam suasana banjir. Alamak! 


Menurut WORLD OF BUZZ, Admiralty Road West dilanda hujan lebat ketika seorang wanita dikenali sebagai Lee sedang memandu kereta Mini Cooper baru miliknya pada 9 November lalu. Keadaan hujan lebat yang tidak menunjukkan tanda-tanda akan surut menyebabkan paras air meningkat dengan cepat di kawasan tersebut.

11 1
sumber: oriental daily

Melihatkan keadaan cuaca yang bertambah buruk, Lee, seorang ahli perniagaan berusia 46 tahun itu tiada pilihan lain selain terus memandu kereta barunya dalam keadaan banjir. Sewaktu meneruskan perjalanan, enjin kereta Lee mati secara tiba-tiba. Paras air juga telah sampai hingga ke aras lututnya!

Dalam keadaan tergesa-gesa, Lee segera menghubungi bengkel untuk mendapatkan bantuan. Aduan berkenaan kes banjir kilat ini katanya telah dibuat kepada pihak kerajaan, namun mereka hanya memberi maklum balas bahawa banjir kilat adalah disebabkan hujan lebat. Hmm..

Mimpi buruk Lee bermula apabila dia menghantar keretanya untuk diperiksa selepas kejadian tersebut. Mekanik memaklumkan bahawa keretanya rosak teruk dan kesemua komponen eletronik di dalamnya perlu dibaiki. Aduh… sabar je lah! 

22
sumber: oriental daily

Lebih mengejutkan, anggaran kos untuk membaiki kereta tersebut adalah sebanyak $190,000 (lebih kurang RM581,000)! Jumlah itu adalah lebih mahal berbanding sewaktu Lee membeli kereta tersebut tiga minggu lalu pada harga RM458,000.

Melihatkan keadaan keretanya, Lee hanya ada dua pilihan untuk dibuat:

  1. Baiki kereta pada harga RM581,000
  2. Jual kereta dan dapatkan RM305,000

Pilihan kedua sememangnya lebih masuk akal walaupun Lee akan mengalami kerugian sebanyak RM152,000 kerana tak mungkin Lee sanggup bayar wang lebih banyak daripada harga beli untuk membaiki keretanya. Buat masa ini, Lee masih menunggu jawapan daripada syarikat insurans tentang wang pampasannya.

Sentiasa berhati-hati tak kisahlah kereta anda baru atau lama. Kalau boleh janganlah redah banjir dan pilihlah jalan alternatif yang bersesuaian supaya kereta anda tak jadi macam ni ye.

Baca: 9 Tips Menyelamatkan Kereta Daripada Rosak Ditenggelami Air Ketika Bencana Banjir

Vabaah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.