in

“Our Manjung hero”- Walaupun Non Muslim, Guru Cina Ini Sukarela Cuci Telekung, Gosok, Lipat & Hantar Di Surau Awam

Featured 28

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Malaysia dikenali dengan masyarakatnya yang berbilang bangsa, mempunyai pelbagai budaya dan hidup dalam aman dan harmoni.


Cuma sejak dua menjak ini kadang kala isu kaum, agama dan budaya acapkali dijadikan sebagai ‘bahan politik’ oleh pihak tidak bertanggungjawab yang seakan sengaja membangkitkan kemarahan pihak terlibat.

Namun kisah mengenai telekung dan wanita berbangsa Cina di facebook ini pasti akan mengundang rasa suka dan menyemat rasa kasih ramai pihak.

 

Kisah ini mengenai Cheah Li Na dan telekung…

I stayed back after work to fold and pack the telekungs that my colleagues have washed and ironed. We were supposed to…

Posted by Li Na Cheah on Wednesday, February 12, 2020

Menurut Raja Shamri, Cheah Li Na merupakan seorang guru yang terlibat aktif dalam aktiviti kesukarelawanan di Perak.

Malah sebenarnya guru itu sudah lama melakukan program cuci telekung di surau awam, bukan itu sahaja siap iron dan lipat sebelum dihantar kembali ke surau.

“Teacher Cheah adalah sukarelawan thirdforce Perak yg sangat aktif membantu dan menggerakkan program bantuan di Perak. Sudah bertahun tahun teacher cheah dan rakan-rakan guru, adik2 sukarelawan dan juga para pelajar tempat teacher cheah mengajar melaksanakan program cuci telekung di surau awam, iron, lipat dan hantar balik ke surau.

“Walaupun Teacher Cheah non muslim beliau sentiasa membantu mencuci telekung dari surau awam dan menghantar semula telekung yg bersih ke tempat asal.

“Kami sangat menyayangi teacher cheah dan beliau adalah inspirasi kita semua dalam kerja2 kemanusiaan ini. Oh ya satu lagi … Teacher juga suka kucing dan sangat aktif menyelamatkan kucing2 gelandangan dan kucing yg sakit.

Semoga Allah kekalkan kita dalam rahmatnya. InsyaAllah. Aminnnn…”

 

Malah netizen turut memuji usaha murni yang dilakukan wanita itu, tanpa mengenal agama dan bangsa.

1 17
Sumber: facebook
2 6
Sumber: facebook

 

Terima kasih cikgu!

Baca : Cikgu ejek pakaian dia Pelajar 16 Tahun Bunuh Diri Sebab Tak Tahan Jadi Target Guru di Sekolah

Pelajar

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.