in

“Org tepu dok rumah kau sedap pakai kabel” – Wanita Show Off ‘Travel’ Masa PKP Sebab Bapak Kenal ‘Orang Dalam’

Collage 6

Tujuan kerajaan laksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) adalah untuk pastikan virus Covid-19 ni tak terus merebak. Kerana ini juga, orang tak dibenarkan untuk travel ke luar negara mahu pun dalam Malaysia melainkan korang ada sebab yang kukuh.

Tapi untuk wanita ni lain pula, dia membuat keputusan untuk show off tiket flight dari Tawau ke Kuala Lumpur lepas dia dan anak-anak telah habiskan dua minggu pertama PKP di rumah ibu bapanya dan sekarang dia nak pulang ke KL untuk habiskan PKP bersama suami pula.

Facebook page BahNews telah mendedahkan screenshot IG story wanita ini menceritakan macam mana dia boleh lepas pemeriksaan imigresen walaupun pada awalnya dia tak dibenarkan untuk pulang ke Kuala Kumpur kerana PKP.

Actually ticket flight 3 of us to KL was on 22/3 tapi tak lepas sebab immigration tak bagi lepas. So kali ni kita main orang dalam. Bos imigresen which is kawan my dad.”

92269100 706993833371874 861818499708747776 N

Dia juga turut menunjukkan tiket penerbangan baru bertarikh 1 April yang dia dapat lepas menggunakan “orang dalam” yang dimaksudkannya itu.

Sangat menyedihkan bila tengok perangai seperti ini. Orang ramai hilang keluarga dan frontliners pertaruhkan nyawa untuk mengawal wabak ni, dia senang-senang je langgar arahan atas ‘tiket’ orang dalam.

Netizen turut menunjukkan rasa tak puas hati dengan wanita ini hingga dikatakan wanita tersebut terpaksa deactivate Facebook dan meminta pihak berkuasa menyiasat pegawai yang memberikan kebenaran ini.

Screenshot 2020 04 03 At 2.02.13 PmScreenshot 2020 04 03 At 2.02.36 Pm Screenshot 2020 04 03 At 2.02.58 Pm

Hopefully pihak berkuasa dapat kesan siapa wanita ni dan pegawai imigresen yang terlibat.

 

Baca: “Kantoi busuk je” – Pesakit Coronavirus Takut Nak Report Travel History Sebab Tak Nak Bini Tahu Ada Perempuan Lain

Screenshot 2020 04 03 At 2.18.00 Pm

Sumber: Facebook