in

“Kantoi busuk je” – Pesakit Coronavirus Takut Nak Report Travel History Sebab Tak Nak Bini Tahu Ada Perempuan Lain

Wuhan2 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tak tahulah nak kesian ke nak ‘padan muka’ kan dekat nasib malang yang menimpa seorang warga Korea ni, boleh dikatakan sudah jatuh ditimpa tangga lagi.


 

Pesakit ketiga di Korea Selatan terkena Coronavirus

Beberapa hari lepas, Korea Selatan telah mengesahkan pesakit ketiga yang menghidap Coronavirus. Lapor Koreabiomed.com, lelaki berusia 54 tahun bersama seorang warga Wuhan telah masuk ke negara tersebut pada 20 Januari lepas tanpa tunjuk sebarang petanda.

Lelaki tersebut telah dikuarantinkan di sebuah Hospital di Goyang, Wilayah Gyeonggi selepas melaporkan gejala-gejala yang dihadapainya kepada Pusat Pencegahan Kawalan Penyakit Korea (KCKD) pada Sabtu lepas.

Dilaporkan semasa dia baru sampai di lapangan terbang, tak ada sebarang gejala yang dialaminya. Tapi dia mula rasa demam, dan kekejangan otot pada hari Rabu lepas.

Keadaannya semakin baik untuk beberapa hari, tapi tiba-tiba berubah jadi makin teruk, ia membuatkan pesakit itu terus menghubungi pihak kesihatan pada hari Sabtu.

 

Kantoi bawa ‘awek’ Wuhan

Rupa-rupanya seorang lagi warga Wuhan yang ada dengan lelaki tersebut itu merupakan scandal dia. Ketika nak disiasat untuk melihat dia punya travel history, lelaki tersebut enggan untuk beri kerjasama.

Tapi semuanya terbongkar bila semakan dekat kad kredit dia telah dilakukan.

Sekarang ni dikatakan semuao orang dah tahu yang dia tu dah curang. Kalau admin ada kat tempat isteri dia pun lagi lah tak tahu nak bagi reaksi apa.

Ramai netizen bagi reaksi confuse nak rasa sedih atau marah.

 

Baca : “Patutlah ramai pergi sana” – Wuhan Bukan Bandar Cikai, Rupanya Ada Bangunan Futuristik &  Masjid Yang Boleh Tampung 500 Jemaah

Wuhan 7

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.