in

Orang Melayu Resah Bukan Islam Kuasai Perundangan – PAS

Non Muslim

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kebelakangan ni, isu perlantikan jawatan dalam bidang perundangan sering disebut-sebut terutamanya bila ia melibatkan mereka yang non muslim. Ada di antara mereka rasa tergugat, sebab jawatan-jawatan penting telah dipegang oleh mereka yang bukan Islam!


Menurut Malaysiakini, Ketua Penerangan PAS, Nasrudin Hassan mendakwa lantikan-lantikan dalam sektor undang-undang dan kehakiman oleh kerajaan Pakatan Harapan ni sangat membimbangkan umat Islam.

299016F44Fc751D9330E988B2970D217
sumber: malaysiakini

Kenyataan ni dikeluarkan Nasrudin berhubung perlantikan Tan Sri Richard Malanjum sebagai Ketua Hakim Negara semalam. Manakala Datuk Liew Vui Keong sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Undang-undang, serta Tommy Thomas sebagai Peguam Negara.

“Melihat tiga posisi penting ini telah diisi oleh sosok yang sangat meresahkan umat Islam, maka apakah masih ada harapan rakyat khasnya umat Islam untuk melihat masa depan Islam terus terbela di bumi Malaysia ini khasnya dalam hal yang melibatkan undang-undang,” kata Nasrudin.

Malah menurut Nasrudin, PH berjaya pecah rekod dengan lantik Ketua Hakim Negara bukan Islam selepas pembetukan Malaysia pada 1963 dulu yang sebelum ni dipegang oleh mereka yang bergelar ‘lord president’. Wow! 

215Efa9Af908D498907870Ec929D407E
sumber: malaysiakini

Lebih membimbangkan PAS, Malanjum sebelum ni ada rekod kehakiman yang katanya tak menyebelahi Islam dalam beberapa kes penting macam contoh Lina Joy dan Indira Gandhi.

“Sudahlah Islam terumbang-ambing di zaman kerajaan BN dahulu, ternyata kini perubahan yang dilaungkan itu rupanya ke arah yang lebih teruk dan buruk.

“Apakah situasi ini meletakkan umat Islam terlepas dari mulut harimau lalu dilibas ekor buaya?” tambah Nasrudin.

Nasrudin jugak persoal tindakan kerajaan PH yang katanya ‘memekakkan’ telinga daripada dengar keluhan dan teguran umat Islam serta tergamak ‘membutakan’ mata daripada lihat reaksi umat Islam akan perkembangan ni.

“Reaksi bimbang dan teguran umat Islam telah jelas kedengaran sejak dari pelantikan peguam negara tempoh hari lagi.

“Kini pelantikan ketua hakim negara pula bakal mengundang petaka buat umat Islam,” katanya.

81531323060 Freesize
sumber: astro awani

Apa-apapun kita doakanlah semoga yang buruk macam ni takkan berlaku. Yang penting, keadilan mestilah ditegakkan di bawah mereka yang dilantik pegang jawatan penting ni. 

Baca: “Kenapa PAS masih nak bela Najib?”

Kit Siang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.