in

“Kenapa PAS masih bela Najib?”

Iajsiajs

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam editor Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown mendakwa dia ada banyak bukti menunjukkan bahawa PAS ada menerima sejumlah wang daripada UMNO pada 2016. Presiden PAS Tuan Guru Abdul Hadi Awang menafikan hal tersebut dan mengemukakan saman pada April 2017.


Menurut The Malay Mail, hari ini Penasihat DAP Lim Kit Siang pula mengatakan bahawa PAS dan presidennya mungkin adalah orang terakhir yang mempertahankan bekas presiden UMNO Datuk Seri Najib Razak. Kata Lim, pemimpin UMNO sendiri pun sudah berhenti membela Najib.

Lim Kit Siang2703
sumber: the malay mail

Dengan pendedahan yang dibuat oleh Ketua SPRM Datuk Seri Mohd Shukri Abdull semalam tentang 1MDB, Lim mempersoal mengapa parti tersebut masih terus menyokong Najib. Selain bantahan kecil dari Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Lim mendakwa parti nasionalis Melayu yang lain hanya berdiam diri dengan tuduhan terhadap Najib.

“Sebaliknya, pemimpin PAS Hadi bergegas mempertahankan Najib dengan peguam beliau mengkritik tindakan Shukri mendedahkan butiran berkaitan penyiasatan 1MDB atas alasan ia menjejaskan bekas Perdana Menteri dan mewujudkan persepsi bahawa ada gangguan politik dalam kes sebelum ini,” kata Lim.

Najib Hadi 171215 Tmi 04 Multaqa Umno Pas
sumber: the malay mail

Lim juga menyatakan pendirian parti tersebut sangat mengejutkan dan mendakwa PAS seperti tidak sedar dengan skandal 1MDB yang heboh di seluruh Malaysia dan luar negara sejak empat tahun lalu.

Menyokong penuh pendedahan yang dilakukan Shukri semalam, Lim turut mempersoal motif sebenar di sebalik apa yang berlaku antara Najib dan Hadi.

“Apa yang Najib nak sorok? Dan Hadi, apa yang Presiden PAS ni nak sembunyikan?” kata Lim lagi.

Makin lama makin banyak perkara mengelirukan pasal kes ni. Admin pun dah pening. Share sikit pendapat korang kat ruangan komen.

Baca: PAS Dapat RM90 Juta Dari UMNO

Ss 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.