in

“Orang Melayu ni bila meniaga nak cepat kaya” – Kecundang Dalam Macam-macam Perniagaan, Bos Susu Kongsi Kisah Inspirasi

Farm Fresh

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ramai antara kita makin mengenali dan mengagumi bos susu, Encik Azmi Zainal dari Farm Fresh.


Banyak dah kisah inspirasi mengenainya yang tersebar dan kali ini Encik Azmi kembali berkongsi mengenai kisah kejayaannya di YouTube Sinar FM pulak.

Kisah kali ini admin rasa paling lengkap sebab dia ceritakan kisah dari zaman beliau buat bisnes jual buah naga sampailah sekarang. Wow! Berikut perkongsiannya yang viral di Twitter

2019 12 25 113052
sumber: blog

 

“Very inspiring ya kisah bos susu ni” – Netizen

Menerusi video yang dikongsikan netizen di Twitter, Encik Azmi menceritakan jatuh bangunnya sebelum berjaya dalam perniagaan menjual susu.

Menurutnya, sebelum ‘membela susu’, dia bersama business partnernya telah ‘membela’ buah naga namun malangnya buah-buah tersebut mati akibat terkena kulat. 

Mereka kemudian berniaga ikan pula tapi perniagaan ni kecundang kerana kolam pecah akibat banjir. Akhir sekali, Encik Azmi dan rakan terjun dalam bisnes menjual susu kambing dan melalui pelbagai kesukaran seperti terpaksa menjualnya menggunakan bas ekspress.

 

“Melayu ni bila meniaga ni dia nak cepat kaya supaya dia boleh tunjuk kat orang” 

Selain dari berkongsi mengenai kisah hidupnya, Encik Azmi sempat juga beri tips buat peniaga Melayu kat luar sana yang ingin berjaya. Menurutnya, orang Melayu tak boleh ada mindset ‘nak cepat kaya’ dan kita juga kenalah berkongsi rezeki. 

Dengan berkongsi katanya, lebih banyak perkara baik akan datang. Wah padu nasihat bos susu! 

Bagi korang yang nak tengok full video ni boleh klik sini

 

Encik Azmi BUKAN FOUNDER Farm Fresh tapi… 

Menerusi video tersebut, ramai di kalangan netizen mula bertanya sama ada betul ke Encik Azmi pemilik kepada perniagaan susu Farm Fresh atau orang lain.

Posting tersebut juga menjelaskan yang pemilik sebenar Farm Fresh ialah Encik Loi Tuan Ee dan Encik Azmi ni merupakan rakan kongsinya.

Malah kat Youtube pun ada netizen yang jelaskan bahawa selain Encik Azmi, Encik Loi ada seorang rakan bisnes berbangsa India bernama Jacob Mathan. Ohhh kiranya 3 bangsa bersatu bangunkan bisnes lah ni. Bagusss barulah semangat Malaysia! 

Bangsa 1
sumber: youtube

Berikut kisah 3 anak bangsa ini di YouTube:

Apa-apapun admin doakan semoga perniagaan Encik Azmi & co ni terus berjaya dan memberi inspirasi buat semua peniaga lain di luar sana. 

Baca: “Kami hantar susu naik bas ekspres” – Pernah Diketawakan Promoter & Buyer, Bos Farm Fresh Cerita Jatuh Bangun Bisnes

Azmi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.