in

“Orang Malaysia ni bos” – Bangga! Rupanya 5 Pelakon Tanah Air Ini Pernah Berlakon Filem Luar Negara

Fi Plakon

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kehebatan pelakon-pelakon Malaysia memang tak boleh disangkal lagi dan ternyata sebenarnya ramai pelakon hebat yang pernah kita ada dari pelbagai generasi.


Tapi korang tahu tak, sebenarnya ada pelakon tempatan yang berjaya menembusi pasaran luar negara dan orang pertama yang berjaya lakukan perkara itu adalah Allahyarham Ibrahim Pendek.

Selain tu juga, sebenarnya ada pelakon-pelakon popular sekarang yang pernah berlakon bagi filem-filem dari luar negara dan mungkin kita tak pernah tahu. Nak tahu siapa? Mehh kita tengok..

 

1.Tiara Jacquelina

Plakon 1

Pelakon ini cukup terkenal pada era 90-an dan antara filem tempatan dilakonkannya adalah menerusi filem Puteri Gunung Ledang yang ditayangkan pada tahun 2004 hingga mendapat pencalonan di anugerah Oscar bagi kategori Filem Asing Terbaik.

Tiara juga sebenarnya pernah mendapat tawaran berlakon untuk sebuah filem Hollywood bertajuk Beyond Ragoon (1995) di mana dia memegang watak sebagai seorang kerani hotel.

 

2. Erra Fazira

Pakon 2

Siapa lagi tak kenal dengan Primadona Filem Melayu Erra Fazira, yang cukup versatil. Korang tahu tak sebenarnya Erra pernah membawa watak ibu tunggal dalam sebuah filem seram berjudul Hidden pada tahun 2011 di mana dia bergandingan bersama aktor Christopher Atkins.

 

3. Bront Palarae

Plakon 3

Seorang lagi pelakon tempatan yang sebenarnya mempunyai bakat yang cukup besar. Bront atau nama sebenarnya Nasrul Suhaimi Saifuddin bagaimanapun sebenarnya dah membintangi lebih dari 40 buah filem dan meraih pelbagai jenis anugerah dalam bidang lakonan.

Dia selalu membintangi filem-filem dari Indonesia seperti Pengabdi Setan, dan pada 2015 dia ditawar untuk berlakon bagi drama bersiri berjudul Halfworlds terbitan HBO.

 

4. Maya Karin 

Plakon 5

Maya Karin mungkin nama yang tak asing lagi dalam dunia lakonan tanah air. Dia juga disifatkan sebagai antara pelakon berjaya kerana membintangi banyak drama dan filem sertai meraih pelbagai anugerah.

Namun pada tahun 2019, dia ditawar berlakon untuk menjayakan sebuah babak penting bagi filem seram bertajuk Alone yang turut dibintangi pelakon Hollywood, Donald Sutherland dan Tyler Posey.

 

5. Rosyam Nor

Plakon 6

Akhir sekali, yang paling legend serta diberi jolokan sebagai ‘Hero Malaya’ iaitu Rosyam Nor.

Pada tahun 2016, dia ditawarkan untuk berlakon dalam salah satu filem Tamil berjudul Kabali bersama pelakon lagenda Rajinikanth. Dalam filem itu dia mendapat watak antagonis dan ternyata dapat membawanya dengan cukup baik.

 

Hebat kan? Ternyata pelakon tempatan kita ni, sebenarnya dah boleh ikut dengan pelakon-pelakon dari negara lain yang lebih besar industri mereka. Apa komen korang pulak? 

 

Baca : “Sampai tak cam” – Ini 4 Pelakon Yang Ambil Langkah Ekstrem Demi Menjiwai Watak

Foot Plakon

Sumber: Blogspot
Sumber: SalamWeb
Sumber: NST

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.