in

“Sampai tak cam” – Ini 4 Pelakon Yang Ambil Langkah Ekstrem Demi Menjiwai Watak

Sampai Tak Cam Ini 4 Pelakon Yang Ambil Langkah Ekstrem Demi Menjiwai Watak E1630217370213

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pernahkah anda melihat sesuatu filem dan anda terkejut dengan penampilan sesetengah selebriti dalam filem itu?


Untuk pengetahuan anda, memang banyak pelakon Hollywood yang sanggup mengambil langkah ekstrem demi memenuhi kehendak watak dalam sesuatu filem. Ditambah pula jika perkara itu mampu untuk memberikan mereka peluang untuk memenangi anugerah berprestij, Oscar.

Jadi, hari ini, admin akan kongsikan empat pelakon Hollywood yang sanggup mengambil langkah ekstrem demi memenuhi keperluan watak dalam sesebuah filem. Pengorbanan yang mereka lakukan ini berbaloi kerana ada di antara mereka yang telah memenangi Oscar atas dedikasi mereka itu.

1. Charlize Theron

Charlize E1620534591339

Bagi menjiwai watak pembunuh bersiri wanita terkenal, Aileen Wuornos dalam filem Monster (2003), pelakon jelita kelahiran Afrika Selatan ini mengambil langkah drastik dengan menambah berat badannya sebanyak 30 paun untuk mencapai fizikal Wuornos.

5Fde28Ad76464C001C6E2Af1 E1620534774388
Aileen wuornos (kiri), charlize theron sebagai aileen wuornos dalam filem monster (kanan)

Selain melakukan kajian secara terperinci mengenai pembunuh bersiri terbabit, Theron juga disolek oleh jurusolek profesional sehingga wajahnya hampir-hampir tidak dapat dicam oleh peminat semasa filem ini ditayangkan di pawagam.

Dalam satu temu bual, Theron mendedahkan dia memilih untuk melakukan perubahan itu kerana berasa dia tidak boleh melakonkan watak Wuornos dengan fizikalnya yang sekarang.

Theron E1620534918228

Charlize Theron kemudiannya berjaya merangkul Angerah Oscar pada tahun 2004 untuk kategori Pelakon Wanita Terbaik bagi filem Monster.

2. Adrien Brody

Screenshot 478 E1620535211836

Bagi menjiwai watak Wladyslaw Szpilman seorang survivor Holocaust dalam filem The Pianist (2002), pelakon Adrien Brody sanggup menghadiri kelas piano dan mengamalkan diet ketat sehingga dia hilang 30 paun hanya dalam masa enam minggu.

Tidak cukup dengan itu, pelakon yang pernah membintangi filem King Kong (2005) ini juga mendedahkan dia menjual apartment dan keretanya untuk benar-benar merasai perasaan wataknya. Malah, Brody juga sanggup berpindah ke Eropah dengan hanya dua bagasi supaya dia faham dengan kepayahan yang dialami wataknya.

Adrien Brody E1620535304503

Dalam temu bualnya bersama BBC, Brody menjelaskan dia tak mampu untuk melakonkan watak itu jika dia tidak tahu apa erti sebenar kehilangan, kesedihan, rasa terdesak dan kelaparan.

Pun begitu, pengorbanan aktor ini membuahkan hasil selepas dia berjaya merangkul Anugerah Oscar bagi kategori Pelakon Lelaki Terbaik 2003 untuk filem tersebut.

3. Heath Ledger

Heath Ledger As The Joker 696X442 1 E1620535456979

Mendiang pelakon Heath Ledger mendatangkan kerisauan ahli pengambaran semasa mereka sedang shooting filem The Dark Knight pada tahun 2008. Mana taknya, pelakon ini dikatakan mengambil langkah ekstrem untuk menjiwai wataknya dengan cara tidak bercakap dengan orang lain out of character, lapor Insider.

Selain itu, Ledger juga dikatakan telah mengurung dirinya di dalam apartment miliknya selama sebulan sebelum pengambaran bermula. Malah, dia juga dianggarkan hanya tidur selama dua jam setiap malam selama seminggu semasa pengambaran kerana Ledger tidak dapat melupakan wataknya.

Gettyimages 695607906 1554321877 E1620536512131

Memetik sumber, pelakon terbabit dinasihatkan untuk mendapatkan bantuan profesional selepas dikatakan terlalu obses dengan wataknya.

Ledger meninggal dunia pada 22 Januari 2008 akibat overdose dadah. Walaupun ada yang mendakwa kematian aktor kelahiran Australia ini disebabkan terlalu depressed selepas melakonkan watak Joker, kakak Ledger, Kate menyangkal dakwaan itu.

4. Christian Bale

Bale E1620536681237

Rasanya tidak lengkap senarai ini jika pelakon Christian Bale tidak disebut. Pelakon kelahiran United Kingdom ini memang terkenal dengan dedikasinya yang sanggup melakukan perkara ekstrim demi menjiwai sesuatu watak dalam filem.

Dalam filem The Machinist (2004), Bale mengemparkan ramai selepas aktor kacak itu muncul di layar perak dengan badan yang kurus kering sehingga menampakkan tulang rusuk. Menurut Bale, dia kehilangan kira-kira 60 paun berat badannya untuk menjiwai watak Trevor Reznik.

022618 Hollywood Diet Slide 10 Fs.max 784X410 1 E1620536826985

Menurut Men’s Health, berat badan Bale semasa mula pengambaran hanyalah 120 paun. Aktor itu difahamkan melakukan diet ekstrem dengan hanya minum air dan makan satu biji epal serta minum satu cawan kopi setiap hari untuk mengurangkan berat badan.

Pada tahun 2005 iaitu sejurus selepas menamatkan pengambaran The Machinist, Bale sekali lagi melakukan transformasi ekstrem pada badannya untuk memegang watak Batman dalam filem Batman Begins.

Christian Bale The Dark Knight Rises Image 1 Gallery Primary E1620537002259

Untuk menambah berat badannya yang hilang semasa berlakon dalam filem The Machinist, Bale dilaporkan makan banyak pizza dan aiskrim untuk menambah berat badan. Selain itu, selebriti terbabit juga pergi ke gimnasium untuk mengangkat berat bagi mendapatkan bentuk badan sesuai dengan karakter Batman.

Memang A++ la untuk selebriti ni atas effort diorang. Bukan senang nak ubah badan sampai macam tu sekali.

Sumber: Men’s Health, News.au, Insider, BBC, Stumped Magazine, Vogue, Elle

Baca: Timun & 2 Helai Daun Kobis, Ini Diet Ekstrem Artis Korea Yang Malaysian ‘Confirm’ Tak Sanggup Buat

Ft Diet E1620537242370

Sumber: Indiewire
Sumber: Vocal
Sumber: InStyle
Sumber: WordPress
Sumber: DailyMail
Sumber: NME
Sumber: Today
Sumber: Cheapism
Sumber: WordPress

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.