in

“Orang jual kau pun sibuk nak jual!” – Cik B Jual Air Boba RM15 Tapi Netizen Menyesal Beli Sebab Tak Sedap!

Air Boba2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selepas salted egg salmon, kini anak gadis Dato Seri Vida yang mesra dipanggil Cik B mula menjual air boba viral yang digilai ramai netizen.


Tapi baru je dilancarkan, dengar cerita banyak pula negative feedbacks dari para penggemar boba yang dah mencuba air keluaran Cik B ni.

Saya beli dan saya rasa menyesal sangat sangat.”

Bapak mahal sampai RM15 baik beli Starbucks je.”

Menurut Malay Mail, rata-rata netizen yang dah mencuba air boba itu mendakwa ianya dijual pada harga yang agak mahal. Secawan air boba Cik B berharga RM15 tapi menurut mereka rasa air itu tidak setanding dengan harga!

Boba1 1
sumber: instagram

Hanya susu, boba dan ais semata-mata dengan harga RM15.”

Milk tea boba tak berbaloi dengan harga RM15. Pearl keras, creme brulee tak rasa sangat pun. Rasa macam minum susu kotak dengan harga RM15 je.”

Saya dah rasa air creme brulee. Sangat tak sedap! RM15, kalah air creme brulee The Alley.”

Boba3
sumber: blog

Boba4 Boba5

Boba6
sumber: blog

Ramai yang setuju air boba Cik B tu dijual dengan harga macam tu, seolah-olah mereka sengaja ambil kesempatan letak harga mahal disebabkan minuman tu tengah viral.

Harap Dato Vida dan Cik B peka dengan feedbacks ni semua untuk ubah apa yang patut…

Baca: “Jangan la kaitkan Cik B dgn produk QU PUTEH!”- Dato Seri Vida ‘Hangin’ Lelaki Kutuk Muka Anak Buruk Padahal Jual Produk Kecantikan

Feat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.