in

OKU & Warga Emas Meninggal Dunia Gara-Gara Makan Laksa ‘Femes’ Di Kedah

Kebok Kebok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Aduh nak makan laksa sekarang pun takut! 


Semalam kecoh di media sosial, kes keracunan makanan melibatkan juadah favourite ramai iaitu laksa yang dikatakan telah meragut dua nyawa setakat ni.

Menurut Berita Harian, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dah sahkan terdapat 19 kes keracunan makanan yang dilaporkan lepas mangsa makan laksa yang dibeli kat sebuah gerai di Kupang, Baling. 

43336524 2230202740387556 3427251252143063040 N
sumber: facebook

 

Selalu beli laksa di situ sebab kegemaran arwah

Salah seorang mangsa yang maut ialah lelaki OKU yang berusia 28 tahun. Menurut bapa mangsa, Abdul Manan Abdul Hamid, 58, anaknya sangat minat hidangan laksa yang dibeli kat kedai di Kampung Seri Landak, Kupang, Kedah.

“Petang Jumaat lepas saya beli tiga bungkus laksa di kedai itu untuk dinikmati lima ahli keluarga di rumah termasuk Allahyarham tapi pada sebelah malam, empat ahli keluarga kami termasuk Allahyarham dan saya sendiri mengalami sakit cirit-birit luar biasa,” jelas Abdul Manan.

43289635 1917002508345847 5898660779556601856 N
sumber: facebook

Keluarga tersebut kemudian terima rawatan di Hospital Gerik, namun malangnya arwah tidak dapat bertahan dan meninggal dunia pada jam 8.15 malam Sabtu lalu.

“Saya memang selalu beli laksa di kedai itu (Kampung Seri Landak, Kupang) sebab memang kegemaran Allahyarham,” kata bapa mangsa sedih.

 

Tragedi first time cuba laksa femes 

Seorang lagi mangsa jugak tak menyangka keterujaannya first time cuba laksa terkenal dari Kupang, Baling tu membawa kesedihan bila ibunya meninggal dunia akibat keracunan makanan.

43360902 1083538425157200 7879572706620866560 N
sumber: facebook

Allahyarham Raseah Ali Musa, 70, dikatakan cirit-birit dan muntah tak henti dari jam 1 pagi Sabtu lalu lepas makan laksa bersama anaknya, Norliza Shaari.

“Bayangkan bermula jam 1 pagi (Sabtu malam), saya dan Allahyarham emak mula sakit perut diselangi cirit-birit dan muntah-muntah berterusan sehingga tak bermaya.

“Sampaikan Allahyarham emak dimasukkan ke Hospital Gerik pada waktu awal pagi Sabtu, manakala saya menyusul pada jam 10 pagi,” katanya.

Bagaimanapun ibu mangsa akhirnya meninggal dunia jam 9 malam, Ahad lepas.

 

Serik nak makan laksa! 

10 lagi mangsa yang sedang dirawat di Hospital Gerik sekarang ternyata serik untuk makan laksa lagi. Salah seorang mangsa,  Mohammad Musa Zahedin, 2, akui fobia nak makan laksa lepas alami masalah keracunan makanan terburuk dalam hidupnya.

“Selepas balik kerja Jumaat lepas saya nampak kakak ada beli laksa, jadi saya terus makan sebab lapar. Malam hari yang sama, saya sakit perut luar biasa hingga terpaksa buang air besar lebih 20 kali sebelum akhirnya dimasukkan ke hospital.

“Lepas ini, memang saya serik hendak makan laksa lagi,” katanya.

Sementara itu, notis penutupan telah dikeluarkan KKM terhadap premis terbabit yang dilaporkan menjual ‘laksa kebok’.

43419321 1083538485157194 7882384540105179136 N
sumber: facebook

KKM menasihatkan orang ramai yang ada gejala keracunan makanan untuk segera dapatkan rawatan di hospital dan pastikan pilih premis yang bersih sebelum membeli makanan.

Takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat. Harap mangsa yang masih dirawat di hospital juga cepat sembuh. 

Baca: Penunggang Motor Lalu DUKE Hati-hati! Penyamun Pasang Jerat Ni!

Samun

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.