Pengiran Muda ‘Abdul Mateen merupakan putera Brunei dan anak kepada Sultan Haji Hassanal Bolkiah.
Baru-baru ini, tular sebuah video yang memaparkan beliau memberi pesanan khidmat masyarakat berkenaan penyalahgunaan dadah di negara itu.
Artikel berkaitan: “Jodohku teman kecilku” – Putera Mateen Kongsi Gambar Kahwin & Masa Kecil, Comel Je!
Artikel berkaitan: “Baru tahu!” – Ini Penjelasan Kenapa Putera Mateen Sebut ‘Ringgit’ Ketika Lafaz Akad Nikah
Dalam video itu, Putera Mateen yang baru sahaja bernikah dengan Dayang Anisha Rosnah Januari lalu menjelaskan bahaya penyalahgunaan dadah dan apa implikasi yang boleh berlaku kepada seseorang individu serta negara.
Bahasa Melayu dengan slang King Coco pic.twitter.com/eAl8rRI2iB
— Picky (@pickyhn) October 9, 2024
Pun begitu, terdapat perkara lain yang menarik perhatian netizen di mana, video berkenaan disampaikan oleh beliau dengan menggunakan Bahasa Melayu penuh.
Ramai netizen yang kagum dengan kepetahan beliau meskipun terdapat sedikit slanga Bahasa Inggeris.
Setakat artikel ini ditulis, video berkenaan sudah mendapat lebih 4K repost di laman aplikasi X serta lebih 200 replies.
Sumber: X