Min yakin, walaupun hari ini merupakan episod terakhir drama terbitan TV3 iaitu 7 Hari Mencintaiku 3, korang still tak boleh nak kawal rasa geram dengan jalan cerita tu kan?
Mana taknya, boleh kata setiap hari akan trending #7HariMencintaiku3 ni di Twitter sebab ramai yang geram dengan watak Nurul, lakonan dari Wafariena Roslan dan juga Khuzairi yang dibawa oleh Shukri Yahya.
Haa, korang yang rasa nak marah, tapi kena sabar tu mesti akan rasa puas hati bila tengok video TikTok yang dikongsikan oleh @mamashima121 ni! Betul-betul mewakili perasaan hampir semua peminat drama ini.
@mamashima121 Jadi semakin stress tgk citer ni #7hmk3 🤣🤣 . #mamashima #teamjdt #teamswrk
‘Haa, nasib baik dah azan”
Gelagat wanita yang bertindak dengan ‘menampar’ siap pakej ‘cubit’ Nurul di skrin TV mendapat perhatian orang ramai kerana rata-rata menyifatkan dirinya sudah tidak mampu untuk menahan rasa geram.
“7 hari mencintai kamu❎ 7 keturunan yang selalu cari pasal✅” – Komen netizen
Bukan tu je, Khuzairi yang dilihatkan menyebelahi Nurul sehingga berlaku keretakan rumah tangganya bersama Mia telah menimbulkan rasa marah di kalangan netizen kerana menjadi lelaki yang tak bertanggungjawab.
Khuzairi samad for the whole show of #7harimencintaiku3 pic.twitter.com/wBukyErigr
— lia (@aliah4lyfe) May 18, 2022
Belum reda rasa marah untuk Nurul, peminat kembali meluahkan rasa geram diorang di Twitter selepas melihat klip teaser untuk episod terakhir hari ini yang dikongsikan oleh TV3 di Instagram @tv3malaysia.
https://www.instagram.com/p/CdxALu-J2BJ/
Korang dah ready ke tu nak tengok last episod malam ni? Min risau ada sambungan musim keempat je nanti…
Baca: “Yang penting tak caras Fatin” – PU Azman Perjelas Hukum Jika Khuzairi Kahwin Nurul Dalam 7HM3