in

“Yang penting tak caras Fatin” – PU Azman Perjelas Hukum Jika Khuzairi Kahwin Nurul Dalam 7HM3

Khuzairi Kahwin Nurul Hukum Agama

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bagi korang yang mengikuti siri drama pukul 7 yang tengah meletup-letup di TV sekarang iaitu 7 Hari Mencintaiku 3, korang mesti geram dengan watak Nurul Ain yang tak habis-habis mendatangkan masalah kepada keluarga Mia dan Khuzairi kan?


Terbaru sekarang, Nurul katanya sudah mengandungkan anak luar nikah Pak Samad dan Khuzairi pula dengan rela hati nak berkahwin dengan Nurul. Haa apa dah jadi ni? 

117931401 1019028935193386 2099866383134132613 N

 

Sah kahwin dengan Nurul 

Seperti yang semua sedia maklum, selain watak Mia, Khuzairi dan Nurul, antara watak lain yang menjadi perhatian ramai ialah Fatin lakonan Reen Rahim dan juga bekas suaminya, Taufik lakonan PU Azman.

Menerusi satu perkongsian di TikTok, PU Azman atau lebih mesra dipanggil Cikman ni ada menerangkan hukum ‘jika Khuzairi menikahi Nurul walaupun wanita ini sedang mengandungkan anak bapanya, Pak Samad’ yang menjadi perbualan ramai.

Menurut penjelasannya, pernikahan Khuzairi dan Nurul sah disisi mazhab Syafie berdasarkan dalil Surah An-Nisa ayat 24.

@puazman

perkara ini perbezaan pendapat di kalangan ulama. Cik Man cuma sebut Mazhab Syafie saja dulu di sini. #7harimencintaiku3 #fyp @Yahboiwarf

♬ original sound – PU Azman (Cik Man) – PU Azman (Cik Man)

Namun yang menarik perhatian ramai ialah ayat last Cikman tu yang ada sebut pasal Fatin. Alaaa comel betul! 

Yang penting Khuzairi, ko tak caras Fatin,” katanya.

 

“Taufik bila nak rujuk dengan Fatin?” 

Rata-rata netizen yang melihat video tersebut berasa geli hati dengan cara PU Azman yang masih ‘in-character’ walaupun sedang memberi penjelasan mengenai isu yang serius.

Cikman

Admin rasa lepas ni kalau nak buat 7 Hari Mencintaiku season 4 wajib ada watak Fatin dengan Taufik ni. Ramai betul suka dorang kan?

Baca: “Mia dengan Khuzairi ke ni” – [VIDEO] Pasangan Bergaduh Tengah Highway Dalam Hujan Macam Drama TV

Mia Khuzairi

Sumber: Facebook
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.