in

Notis Larangan Cas Telefon Bimbit Di Pejabat, Bos Dakwa Perbuatan Itu Ibarat Mencuri

1Cas E1649475270343

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Korang kalau dekat pejabat tu pernah cas telefon tak? Mestilah pernah kan. Jangan terkejut tau sebab ada sesetengah pejabat tu tak benarkan untuk pekerjanya cas telefon.


Mengecas telefon bimbit atau telefon pintar adalah dikira sebagai mencuri. Memetik laporan India Today, seorang bos telah mengeluarkan satu notis larangan kepada pekerjanya yang menggunakan sumber elektrik pejabat untuk mengecas telefon peribadi. Dalam notis itu, bos itu menganggap perbuatan itu sebagai ‘electricity theft’.

Screenshot 2021 11 28 At 11.15.13 Am

Notis yang telah viral di internet itu telah ditulis oleh bos tersebut selepas mendapati perbuatan pekerjanya itu agak menjengkelkan. Bos itu juga mengugut mereka yang ingkar dengan ugutan menolak gaji sekiranya berbuat demikian. Dalam notis itu, pekerja juga diingatkan untuk mematikan telefon bimbit ketika bekerja.

Screenshot 2021 11 28 At 11.25.00 AmWalaubagaimanapun, tiada info lanjut berkenaan lokasi dan tindakan yang diambil oleh majikan yang mengeluarkan notis itu.

Min rasa larangan ni macam tak masuk akal. Iyelah, sebab smartphone ni dah jadi sebahagian dari hidup kita. Kalau ada emergency lagi susah, nak call je bateri phone habis.

 

Baca: “Meremang weh” – Netizen Kongsi Kisah Orang Gaji ‘Kantoi’ Guna Ilmu Hitam, Sebab Nak Bagi Majikan Sayang!

Screenshot 2021 11 28 At 11.22.51 Am

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.