in

“Meremang weh” – Netizen Kongsi Kisah Orang Gaji ‘Kantoi’ Guna Ilmu Hitam, Sebab Nak Bagi Majikan Sayang!

Collage 24

Walaupun dah jelas yang ilmu hitam atau sihir ini syirik dan hukumnya haram, masih ramai lagi orang yang sanggup menggunakan cara ini bagi mendapatkan keuntungan.

Korang pernah tak dengar cerita tentang orang gaji yang gunakan ilmu hitam? Rupanya, ramai yang ada pengalaman macam ni tau!

Kisah #1: Telur burung merpati bawah katil

Telur Ayam Kampoeng

Seperti keluarga dari Singapura ini yang mula mengesyaki orang gaji mereka bila barang-barang berharga di rumah mula hilang.

Pada awalnya, keluarga ini cuba berfikiran baik lebih-lebih lagi bila orang gaji dorang ni sering menunjukkan perwatakan baik dan masak makanan yang sedap.

Sehinggalah pada satu hari, orang gaji dari Indonesia ini terkantoi melakukan hubungan seks dengan seorang pekerja Bangladesh di rumah masa tak ada orang di rumah.

Bila keluarga ini mula membuat pemeriksaan menyeluruh, dorang temui barang kemas yang telah dicuri dan satu dulang berisi telur burung merpati di bawah katilnya.

Tanpa melengahkan masa, keluarga ini terus menelefon pihak polis dan orang gaji ini ditangkap sebelum dia mengaku menggunakan ilmu hitam menggunakan telur burung merpati.

Tak lama kemudian, satu per satu ahli keluarga ini mula jatuh sakit tanpa diketahui punca dari doktor.

Keluarga ini kemudiannya mengupah sami bagi membuang gangguan sihir ini.

Kisah #2: Nampak mata merah bawah katil

Monster Under The Bed

Seterusnya adalah kisah yang diceritakan di Twitter pada tahun 2017 lalu. Menurut wanita bernama Dhia dari Singapura ini, banyak perkara pelik berlaku di rumahnya selepas keluarganya mengambil pembantu rumah.

Menurut Dhia, kelakuan orang gajinya ini memang kelihatan pelik kerana dia jarang makan mahu pun bercakap. Dikatakan, pembantu rumahnya itu hanya makan nasi, garam dan bawang putih sekali seminggu dan hanya mahu bercakap dengan bapa Dhia.

Tambah pelik, pembantu rumahnya ini sering tanya nak makan atau tak pada waktu-waktu pelik macam pukul 3 pagi. Bila menolak, wanita tersebut kelihatan marah.

Antara pengalaman menyeramkan yang dikongsi oleh Dhia adalah apabila wanita ini bangun awal pagi dan ternampak sepasang mata merah merenungnya di kaki katil.

Tak cukup dengan itu, satu hari ketika hari ke-5 dia datang bulan, Dhia pulang ke rumah dan bau benda pelik. Bila periksa, Dhia temui orang gajinya sedang mencangkung di dalam tandas bersama bungkusan tuala wanita yang telah digunakan.

Terkejut dengan penemuan itu, Dhia menjerit kepada pembantu rumahnya dan bertanya “kau buat apa ni?” namun pembantu rumahnya hanya jawab pertanyaannya dengan gelak yang menyeramkan.

Dhia dan ibunya kemudian mengambil bungkusan beg yang dipenuhi tuala wanita kotor dan membuangnya sebelum meminta untuk periksa barang miliknya.

Mereka kemudiannya menemui rambut di dalam sampul surat dan gambar ibu bapa Dhia yang telah dipotong.

Selepas menghantar orang gajinya pulang ke tempat asal, ibu Dhia mula mengalami gangguan dan migrain hingga tak boleh tidur dan kerap melihat kelibat berwarna putih di luar tingkap bilik.

Kisah #3: Campur darah haid dalam air minuman

553

Untuk pengetahuan korang, banyak lagi cerita seram dan pelik yang pernah dilaporkan. Menurut Asia One, seorang pembantu rumah tertekan kerana majikannya memasang kamera CCTV untuk memantau pergerakannya.

Merasakan yang majikannya itu tak suka padanya, rakan kepada pembantu rumah ini mula mengajarnya untuk menggunakan ilmu hitam untuk membuatkan majikan suka padanya.

Wanita ini kemudiannya, merendamkan tuala wanita kotornya ke dalam air minuman dan berikan kepada majikannya untuk buatkan mereka suka padanya.

Pembantu rumah ini sempat membuat perkara jijik ini sebanyak dua kali sebelum terkantoi melalui rakaman CCTV.

Kami tak percayakan ilmu hitam tapi kami marah bila dapat tahu kami minum air tu.”

Cara lain pembantu rumah guna ilmu hitam

Selain itu, antara “cara biasa” yang digunakan oleh orang gaji untuk buatkan majikan percaya atau untuk menggoda adalah:

  • Mencampurkan darah haid ke dalam sup majikan
  • Mencampurkan air kencing dalam makanan majikan atau meludah makanan
  • Hantar gambar majikan atau rambut ke kampung halaman untuk diberikan kepada bomoh
  • Guna kuku yang dipotong bagi membuat minyak pengasih
  • Baca jampi pada beras
  • Letak seluar dalam dalam sarung bantal majikan

Difahamkan, kebanyakan orang gaji ini menggunakan ilmu hitam kerana mahu mendapat kepercayaan dari majikan mereka.

Sumber: Asia One, tAp Singapore

 

Baca: “Mak tak ubah seperti seekor anjing” – Rajin Solat & Mengaji, Rahsia Mentua Guna Ilmu Hitam Terbongkar Lepas…

Screenshot 2021 10 12 At 6.22.27 Pm

Sumber: Blog
Sumber: Blog
Sumber: mStar