Nostalgik! 7 Snek Zaman Kanak-kanak Yang Mesti Korang Tak Boleh Lupa!

Tambah ke Sumber Pilihan
Nostalgik! 7 Snek Zaman Kanak-kanak Yang Mesti Korang Tak Boleh Lupa!

Zaman kanak-kanak merupakan antara zaman yang paling seronok dalam hidup kita semua, betul tak? Waktu itu, yang difikir cuma “nak main apa petang ini?”

Paling best, bila dah penat main tiba-tiba ada ‘uncle’ jual jajan lalu naik motor. Itulah saat paling bahagia sekali! Mesti korang pun ada memori macam tu kan?


Jom kami kongsikan antara snek paling best waktu kecik-kecik dulu;

1. Murukawa Bubble Gum

Untitled Design 78Sumber: Amazon

Zaman dulu, tak pernah tahu pun nama dia. Selalunya, kita akan panggil chewing gum 20 sen. Gula-gula getah ini mempunyai rasa yang manis dan berwarna putih kekuningan.

Apa yang best tentang gula-gula getah ini bukanlah perisanya mahupun rupanya tetapi ia didatangkan dengan tatu sementara yang boleh dilekatkan pada kulit. Nampak cool betul masa tu!

2. Nano Nano

Untitled Design 79Sumber: the full frontal

Ini antara gula-gula lejen yang mempunyai rasa paling unik! Siapa sangka, kombinasi manis dan masin menjadi pilihan kita pada waktu itu.

Walaupun ia mempunyai rasa yang agak berlainan daripada gula-gula yang lain tetapi kita semua sanggup beli satu pek yang berharga hampir 50 sen semata-mata untuk menikmatinya! Best betul!

3. Biskut UFO

Untitled Design 80Sumber: Shopee

Walaupun teksturnya nipis, tetapi sesuatu tentangnya yang membuatkan kita sangat suka kepadanya. Rasanya juga tidak terlalu manis, memang syok makan petang-petang.

Paling sedih, kalau tengah makan biskut itu tiba-tiba ia patah dan hancur. Sedih!

4. Wafer Coklat Apollo 

E16A1D39C8Aff93E0Db8C62F28E135A6Sumber: Lazada

Kalau zaman min dulu, siapa yang beli coklat ini boleh dikira sebagai ‘bertuah’. Sebabnya, wafer ini cepat betul habis!

Ia merupakan wafer yang disaluti coklat nipis dan mempunyai bungkusan merah jambu yang sangat ikonik! Makan satu tak cukup.

5. Keropok Toki

831C2E6164892E8753Ae9Debe822390D 640X480 1Sumber: Teong Heng Trading

Apalah ertinya zaman kanak-kanak kalau tak ada keropok kan? Antara keropok yang diminati masa zaman kanak-kanak dulu, mestilah keropok Toki!

Walaupun rasanya agak masam kerana ia diperbuat daripada perisa tomato, tetapi zaman itu ramai betul yang menyukainya!

6. JoJo, Ding Dang & Tora

Untitled Design 81Sumber: The Perspective Foodie

Kalau sekarang ada Kinder Joy, zaman dulu ada JoJo, Ding Dang dan Tora!

Ia mempunyai konsep yang sama iaitu sebuah kotak yang berisi mainan serta keropok dalam pek kecil. Ironinya, zaman dulu kita bukan makan pun keropoknya tetapi kita lebih teruja dengan permainan yang terdapat dalamnya.

Kalau Ding Dang dan Tora itu harganya murah sedikit berbanding JoJo, siapa yang masyuk mesti beli JoJo!

7. Gula-gula Udang

Untitled Design 82Sumber: Shopee

Walaupun namanya begitu, tetapi sebenarnya gula-gula ini tidak mengandungi secubit udang pun! Ia sebenarnya adalah gula-gula yang manis dan mempunyai inti berperisa kacang.

Kalau balik sekolah, mesti beli dekat kedai runcit dengan harga 20 sen boleh dapat 5 biji! Seronok betul!

Zaman kanak-kanak merupakan antara waktu yang paling seronok dan banyak kenangan. Lebih-lebih lagi apabila kini ramai diantara kita sudah mencapai usia dewasa. Masa tidak boleh diundur tetapi memori kekal sampai bila-bila!

Emosi pulak!

Baca: Imbas Kembali, Ini 5 Anime Yang Bakal Buat Anda Rindu Zaman Kanak-Kanak

Untitled Design 77

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Syaziyah Sharif
Lagi tulisan Syaziyah
Seorang penulis yang cintakan seni muzik dan sentiasa mencuba untuk bercakap dengan kucing.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Nostalgik! 7 Snek Zaman Kanak-kanak Yang Mesti Korang Tak Boleh Lupa!
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/nostalgik-7-snek-zaman-kanak-kanak-yang-mesti-korang-tak-boleh-lupa/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM