in

Imbas Kembali, Ini 5 Anime Yang Bakal Buat Anda Rindu Zaman Kanak-Kanak

Cats 43 E1611383304716

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semasa kita kecil dahulu, satu-satunya sumber hiburan yang kita ada adalah televisyen. Rancangan televisyen pada zaman dahulu tidak seperti sekarang yang hanya dipenuhi dengan iklan-iklan berbayar.


Jika anda masih ingat pada tahun-tahun awal 2000, siaran televisyen seperti NTV7 dipenuhi dengan rancangan kartun daripada Jepun, atau lebih dikenali sebagai Anime.

Kebiasaannya, pada sebelah pagi pada hujung minggu, pihak televisyen akan menayangkan Anime sehingga waktu tengah hari. Kemudian akan disambung pula pada pukul 7 malam dengan siri animasi Crayon Shin-chan dan Doraemon.

Kartun-kartun ini sedikit-sebanyak mewarnakan zaman kanak-kanak kita semua, terutamaya mereka yang lahir pada tahun 90-an. Hari ini, jom kita imbas kembali senarai 5 Anime yang popular pada zaman dahulu. Jom!

1) Medabots

Siri animasi Medabots berkisarkan tentang perjalan watak Ikki Tenryo untuk menjadi yang terbaik dalam pertandingan Robattle. Impiannya hanya satu, mahu menjadi juara dalam pertandingan tertinggi iaitu World Robattle Tournament.

Meda1

Meda2

Pada permulaan cerita, Ikki menghadapi masalah kewangan untuk membeli Medabot. Namun, setelah berjaya membuat simpanan, Ikki akhirnya membeli sebuah Medabot yang bernama Metabee.

Oleh kerana mendapat sambutan yang menggalakkan pada zaman dahulu, Medabots telah diadaptasikan dalam bentuk permainan video untuk semua platform Nintendo seperti Game Boy and GameCube.

Meda4

Karakter-karakter Medabots juga dizahirkan dalam bentuk permainan dan figura untuk dijual kepada para peminat.

Berapa banyak duit anda dah habis untuk beli Medabots?

2) Crush Gear Turbo

Siri animasi ini pernah menjadi kegilaan kanak-kanak lelaki pada zaman dahulu. Anime ini mengisahkan Kouya Marino yang mahu menyambung legasi abangnya, seorang lagenda dalam dunia Gear yang telah meninggal dunia.

Crush2

Untuk memudahkan pemahaman anda yang tidak pernah menonton siri animasi ini, Crush Gear adalah sejenis kenderaan mekanikal seperti Tamiya, namun dilengkapi dengan senjata-senjata seperti pedang, gergaji dan gerudi.

Crush3

Pada zaman dahulu, permainan Crush Gear boleh didapati secara mudah dengan harga yang sangat murah. Namun, kini permainan Crush Gear sudah menjadi rare dan harganya boleh mencecah ratusan ringgit. Demo tak kenal bare!

3) Beyblade

Siri animasi ini mengisahkan kumpulan Bladebreakers yang terdiri daripada Tyson, Kai, Ray, Max dan Kenny dalam mengejar gelaran juara dunia.

Beyblade1

Menariknya tentang siri animasi Beyblade ini, setiap gasing mempunyai raksasa mereka yang tersendiri seperti naga, harimau dan kura-kura. Lebih seronok, setiap Beyblade akan bertarung mengikut arahan pemilik mereka.

Beyblade2

Seperti siri Anime yang lain, Beyblade juga mengeluarkan permainan mereka sendiri untuk para peminat. Harus diakui, salah satu punca kita semua tidak menabung sewaktu kecil adalah disebabkan permainan Beyblade ini.

4) Yu-Gi-Oh! Duel Monster

Jika anda ada rakan yang tidak mengenali karakter Yu-Gi-Oh, mungkin zaman kecilnya hanya dipenuhi dengan bahan-bahan ilmiah sahaja.

Yugi1

Siri animasi ini mengisahkan tentang Yugi Muto, yang secara tiba-tiba mendapat satu roh dalam badannya selepas melengkapkan Millenium Puzzle. Dalam Anime ini, datuk Yugi telah diculik oleh Maximillion Pegasus, pencipta dunia Duel Monster.

Untuk menyelamatkan datuknya, Yugi bersama rakan-rakannya yang terdiri daripada Joey Wheeler, Tristan Taylor dan Tea Gardner berganding tenaga untuk turut serta dalam Duel Monster.

Yugi3

Kad-kad yang wujud dalam siri animasi ini turut dijual kepada para peminat. Siapa simpan lagi kad-kad Yu-Gi-Oh?

5) Super Yo-Yo

Siapa sangka, permainan yoyo boleh dikembangkan menjadi siri animasi dan menarik minat ramai kanak-kanak pada ketika itu. Jika sebelum ini masyarakat melihat kanak-kanak yang bermain yoyo ialah seorang yang skema, semua tanggapan itu musnah selepas munculnya Anime ini.

Yoyo2

Anime ini mengisahkan Shunichi Domoto, seorang yang berbakat dalam bermain yoyo dan perlu berlawan dengan ramai orang untuk menjadi juara dunia.

Punyalah seronok Anime ini, sehingga ramai kanak-kanak yang belajar teknik bermain yoyo dalam siri animasi Super Yo-Yo.

Jika anda ada cadangan lain untuk Anime yang popular pada zaman dahulu, boleh berikan pendapat anda di ruangan komen.

 

BACA: 7 Filem Lakonan Ma Dong-Seok Yang Anda Wajib Tonton, Semua Best!

Untitled 1 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.