Bukan sahaja generasi X dan Millenials di Malaysia mempunyai kenangan mengenainya, rantaian restoran makanan segera, A&W ini ternyata mampu menggamit memori kepada mereka yang berada di serata dunia.
Seorang pelancong yang juga veteran tentera Amerika Syarikat meluahkan rasa terharu apabila dia menikmati minuman Rootbeer, satu menu minuman signature di francais tersebut buat pertama kali setelah tidak dapat menikmati minuman tersebut selama bertahun-tahun di negaranya.
Artikel berkaitan : Wanita Dakwa Pelakon Lelaki Penagih D*dah, Jaja ‘Childhood Trauma’ Untuk Buat Comeback?
Artikel berkaitan : Terkenal Parodi ‘Childhood’, Ryan Bakery Kongsi Kisah Inspirasi Jadi Influencer Lepas Dibuang Kerja Akibat Pandemik
“Brought back childhood”

Perkongsian daripada Thomas Doherty ini telah membuatkan ramai netizen dari luar negara tertarik dan mengimbau zaman mereka membesar bersama makanan segera A&W.
Bahkan ada yang mendakwa bahawa mereka susah untuk menemui minuman ini di negara mereka kerana difahamkan cawangan A&W di negara itu tidak mempunyai menu ini. Ia juga sekaligus membuatkan ramai warganet dari negara luar mula berminat untuk ke Malaysia.
Malah, ramai juga warga Malaysia yang menyambut baik kedatangan Thomas Doherty ini.

Sumber : X
