in

“No, not Uyghur” – Coronavirus Telah Sampai di Xinjiang, Kem Tahanan Uyghur Dalam Ancaman Jangkitan

4Uyghur

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum China menjadi perhatian dunia akibat penularan wabak Coronavirus, Kem Tahanan Uyghur terlebih dahulu menjadi tajuk perbualan. Terletak di Xinjiang, kem tahanan yang menempatkan penduduk berbangsa Uyghur itu penuh dengan kontroversi apabila penduduk disitu dipaksa melakukan sesuatu bertentangan dengan kepercayaan mereka.


Apa yang lebih menyedihkan ialah, dikhabarkan wabak Coronavirus telah sampai ke Xinjiang. Ya wabak pembawa maut telah sampai ke kem tahanan yang menempatkan ribuan orang Uyghur itu. Menurut World of Buzz yang memetik laporan Radio Free Asia, terdapat dua lelaki berumur 52 tahun dan 47 tahun telah disahkan menghidapai Coronavirus pada 23 Januari yang lalu. Hal ini secara tak langsung telah menimbulkan keadaan panik dalam kalangan mereka yang ditahan kerana khuatir akan terkena virus tersebut.

Selamatkan Uyghur

Keadaan kem tahanan yang teruk dan kebersihan yang tidak dijaga betul-betul memudahkan lagi penyebaran dan penularan wabak virus berkenaan. Dilaporkan juga terdapat kira-kira 465 kem tahanan di Xinjiang. Tahanan disitu dipercayai menggunakan tong plastik sebagai tandas dan bilik yang kecil dan sempit disediakan kepada mereka untuk tidur secara bergilir.

Screen Shot 2020 01 26 At 4.21.28 Pm
Sumber: google image

Salah seorang bekas tahanan, Omir berkata dia terpaksa berkongsi bilik dengan 45 tahanan yang lain dan terpaksa tidur secara bergilir dalam bilik yang sempit itu. Sementara itu, seorang lagi tahanan, Sayragul Sauytbay yang berjaya melarikan diri pada bulan Mac 2018 berkata, kem tahanan itu menyediakan makanan yang sangat teruk, masa tidur yang terhad dan kebersihan yang terlampau teruk.

Screen Shot 2020 01 26 At 4.16.57 Pm
Sumber: radio free asia

Presiden Kongres Dunia Uyghur, Dolkun Isa menyifatkan bahawa penularan wabak Coronavirus di kem tahanan tersebut akan memberikan implikasi buruk kepada tahanan. Nyawa ribuan tahanan dalam keadaan terancam sekarang.

Screen Shot 2020 01 26 At 4.21.55 Pm
Sumber: google image

Buat masa ini kita hanya mampu berdoa supaya wabak tersebut dapat disembuhkan dalam keadaan segera sebelum lebih ramai mangsa meninggal dunia.

 

Baca: “Ibarat dipenjara seumur hidup” – Dokumen Rahsia Tersebar Bukti Betapa Teruknya Layanan China Di Kem Xinjiang

Screen Shot 2020 01 26 At 4.14.20 Pm

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.