in

“No men, no problem” – DSV Mahu Gembirakan Diri Sendiri, Duduk Hotel RM50,000 Semalam

Dsv Hotel Rm50K

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebaik sahaja selesai isu ‘putus cinta’ dengan pembantu peribadinya, Dato’ Seri Vida kini dilihat seringkali memuat naik posting yang menunjukkan dirinya sedang bahagia tanpa kehadiran mana-mana lelaki di sisi.


Malah perkara ini juga dilihat semakin menjadi-jadi semenjak Iqbal terbang ke Indonesia demi melupakan segala kisah pahitnya dengan usahawan kosmetik itu dan netizen yang sering mengecamnya.

 

Duduk hotel semalam RM50K

Pun begitu, perkongsian terbaru DSV di TikTok baru-baru ini telah menarik perhatian netizen selepas dia dikatakan kini sedang bercuti di sebuah hotel yang bernilai RM50,000 semalam.

Kapsyen di video tersebut juga dalam nada berseloroh menulis,

No men, no problem.” Amboi DSV! 

@datoserividaofficial

NO MEN , NO PROBLEM ☺️ #fypシ #datosrivida #xyzbca #holiday

♬ original sound – DADA – DADA

 

“Ada nampak saya sedih?”

Tak cukup dengan itu, DSV juga dilihat memuat naik video bersama staf hotel berkenaan sambil menari dan mengatakan dia tidak pun merasa sedih dengan apa yang berlaku.

Malah menurutnya lagi, lebih baik layan TikTok daripada mengenangkan hal ‘Habis Madu Sepah Dibuang’.

@datoserividaofficial

Apa Khabar Wong ? #fypシ #djbonbon #djremix #virallllllllllllll #fypシ゚viral #fypsounds #djbonbonremix #fypage

♬ Dj BonBon Remix – ????? || • ??

@datoserividaofficial

2-3 PINGGAN SORANG MAKAN ? #eatchallenge #eatdancechallenge #fypsounds #fypシ #virallchallenge #virallllllll #fypp #datoserivida #xybca #xyzba

♬ Я буду ебать – MOREART

 

“Dia layak bahagiakan diri dengan duit yang dia cari” 

Perkongsian TikTok dari DSV telah mendapat pelbagai komen daripada netizen yang mana antaranya menyokong tindakan usahawan itu untuk bergembira bersama keluarga daripada memikirkan hal yang tidak penting.

Dalam pada itu, ada juga yang mengatakan DSV masih belum benar-benar move on dari Iqbal berdasarkan kapsyen-kapsyen yang ditulisnya di video berkenaan. Ye ke? 

Vida Move On

Bak kata orang, putus cinta tu tak sakit tapi putus dan masih cinta tu yang sakit kan? Harap DSV cepat move on ya. 

Baca: “Mohon doa dan kata-kata yang baik” – Rossa Orang Pertama Iqbal Jumpa Sebaik Tiba Di Indonesia

Iqbal

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.