in

“Main syak ja, hanat btoi betina” – Remaja Mengadu Dicabul Dalam Ambulans Tapi Netizen Tak Percaya Sebab…

Collage 37

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau di India, insiden cabul atau rogol di hospital oleh pembantu perubatan bukanlah perkara yang asing. Tapi, dekat Malaysia pun ada?

Menurut Harian Metro, seorang remaja berusia 18 tahun mendakwa pembantu perubatan telah mencabulnya dalam ambulans semasa dalam perjalanan ke Hospital Selayang dari salah sebuah universiti awam di Gombak.


Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak Superintendan Arsad Kamaruddin mengesahkan yang pihaknya telah menerima laporan yang dibuat oleh majikan mangsa.

“Sebelum kejadian, mangsa dikatakan pengsan dan dibawa ke klinik berhampiran pada 7.30 malam. Wanita itu kemudian dibawa ke Hospital Selayang dengan menaiki ambulans untuk rawatan lanjut.

“Sebaik tiba di hospital itu, majikan mangsa menemuinya dalam keadaan menangis sebelum memaklumkan dia dicabul oleh pembantu perubatan di dalam ambulans berkenaan.”

Dr Ashton What To Do Sexual Assault Rape
Gambar hiasan

Arsad menambah, ketika berada di dalam ambulans, mangsa telah sedar tapi dalam keadaan lemah.

“Mangsa memaklumkan dia dihampiri suspek yang bertindak mencabul kehormatan mangsa. Ketika ini, mangsa masih menerima rawatan di Hospital Selayang.

“Ekoran laporan itu, kami menahan suspek berusia 22 tahun yang bekerja sebagai pembantu perubatan di pusat perubatan swasta, semalam.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 377CA Kanun Keseksaan dan Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017.”

Suspek telah ditahan reman selama enam hari bermula semalam hingga 27 April bagi membantu siasatan.

Namun, respon dari netizen lain pula. Mereka mempersoalkan kesasihan berita ini dan kebanyakan dari mereka tak percaya dengan remaja tersebut. Kenapa pulak?

Screenshot 2019 04 23 At 12.14.29 Pm Screenshot 2019 04 23 At 12.14.37 Pm Screenshot 2019 04 23 At 12.15.00 Pm Screenshot 2019 04 23 At 12.17.10 Pm Screenshot 2019 04 23 At 12.17.22 Pm Screenshot 2019 04 23 At 12.17.37 Pm Screenshot 2019 04 23 At 12.17.57 Pm Screenshot 2019 04 23 At 12.18.12 Pm Screenshot 2019 04 23 At 12.18.30 Pm 1

Tapi, kalau kita tak tahu keputusan siasatan, kita pun tak boleh nak terus cakap remaja tu tipu. Kalau macam ni, susahlah mangsa nak bersuara. Apa-apa pun kita serahkan pada pihak polis untuk siasat.

 

Baca: “Ayah mungkin selamat kalau tak berhenti…” Gadis Persoal Tindakan Pembantu Perubatan Hentikan Ambulans Untuk Isi Minyak

Screenshot 2019 04 23 At 1.05.09 Pm

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.