in

“Ni psycho tahap gaban” – Suami Ugut Isteri Sumbang Mahram Dengan Anak Sambil Tengok Depan Mata

Paksa Seks

Seorang warga emas didapati bersalah menculik dan menyeksa isteri serta anak lelakinya berusia 11 tahun. Menurut Daily Mail, Jerry Gilligan, 72, malah memaksa isteri serta anaknya itu untuk melakukan hubungan intim.

Ketika kejadian pada 14 September 2016, isteri Jerry telah menangkapnya sedang meraba anak lelaki mereka di bangsal belakang rumah. Jerry kemudian bertindak mengikat tangan, kaki serta menutup mulut kedua-dua mangsa menggunakan selotep selama 4 hari.

Dia juga turut memukul mereka menggunakan batang kayu selain turut mengugut dengan mengacukan pisau serta Taser gun ke arah mereka. Kedua-dua mangsa mengalami pelbagai bentuk penyeksaan termasuklah rambut dipotong dan asid dicurahkan ke mata isterinya.

Selama 4 hari penculikan itu juga, Jerry turut memaksa isterinya untuk melakukan seks bersama dengan anak lelaki mereka di depan mata.

Ketika dirawat dekat hospital, isteri Jerry telah membuat laporan dan menurut polis mereka percaya dia telah menjadi mangsa penderaan seksual suaminya selama 2 tahun.

Bagaimanapun, ketika perbicaraan berlangsung peguam Jerry memberitahu anak guamnya mendakwa isterinya merupakan seorang pisau cukur yang mengambil kesempatan ke atasnya. Jerry dikatakan telah membeli kereta, motor dan rumah untuk isterinya namun pada tahun 2016 dia terlibat dalam kemalangan menyebabkan sudah tidak boleh bekerja.

Dia didapati bersalah atas kesalahan menculik dan penyeksaan terhadap isterinya serta hukuman yang akan dikenakan bakal diketahui pada 5 Disember ini.

Pada tahun 1980, ketika berusia 25 tahun Jerry telah dipenjarakan atas kesalahan membunuh bapa tirinya dan dibebaskan pada 2014.

Baca: “Ni mak jenis apa ni?” – Ibu Paksa 2 Anak Bawah Umur Buat Seks Berdua Sebab BF Suka Tengok Child Porn

Child Porn