in

“Ni manusia ke syaitan?” – Amah Dipukul, Dirotan & Didera Selama 8 Tahun Sampai Buta Akhirnya Diselamatkan

Collage 57

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bayangkanlah perasaan dia, dah lah pergi dekat tempat asing untuk kerja, lepastu kena dera hari-hari sampai lapan tahun, tak ada tempat mengadu, nak lari pun tak tahu mana nak tuju. Menakutkan!


Menurut  Harian Metro, seorang amah dari Indonesia hilang penglihatan dan cedera seluruh badan selepas dia didera dengan kejam oleh majikannya selama lapan tahun.

Namun, penderitaan wanita ini akhirnya terhenti bila dia diselamatkan oleh Bahagian Pencegahan Judi, Maksiat & Gangsterisme dari Ibu Pejabat Polis Perak selepas mereka menyerbu ke rumah tempat wanita malang itu “dikurung” pada Ahad lalu.

Indonesian Maid Beaten For 8 Years Till Blind World Of Buzz
Gambar hiasan

Asisten Komisioner Anuar Othman berkata, selepas serbuan dibuat, pihak polis telah menahan reman pasangan suami isteri didakwa majikan wanita tersebut.

Anuar juga berkata, mereka bertindak untuk menyelamatkan amah tersebut selepas menerima maklumat mengenai penderaan tersebut.

Kalau korang nak tahu, wanita malang ini dikatakan telah dirotan dan dipukul dengan tangan selepas pihak penyiasat melihat beberapa parut di badan akibat dari penderaan lalu.

Indonesian Maid Beaten For 8 Years Till Blind World Of Buzz 2
Gambar hiasan

“Bukan tu je, muka dia bengkak sebab ditumbuk dan matanya sampai buta akibat didera sejak tahun 2011.”

Masa kami selamatkan mangsa, dia dalam keadaan trauma dan takut.”

Dua suspek yang ditahan itu juga mengaku, sejak dorang dapat wanita ini sebagai orang gaji, dorang tak pernah benarkan dia balik ke negaranya. Jahatnya!

Tak ada manusia layak didera atau diperlakukan macam ni tau!

 

Baca: Amah Minta Bantuan Polis Johor Sebab Didera Majikan, Tapi Kena Rogol Pula

Screenshot 2019 10 24 At 11.08.09 Am

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.