in

Pelajar 13 Tahun J*tuh Bangunan Sekolah, Polis Sahkan Tiada Unsur Buli

Pelajar Jatuh Bangunan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kejadian seorang pelajar lelaki yang cedera dipercayai terjatuh dari bangunan dalam kawasan sebuah sekolah menengah di Taman Rapat Setia Baru, Ipoh pada minggu lalu disahkan tiada unsur jenayah.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin memaklumkan, kejadian berlaku akibat kecuaian mangsa sendiri tanpa melibatkan sebarang unsur buli atau perbuatan jenayah.


Menurut keterangan saksi, mangsa dipercayai naik seorang diri ke bahagian atas bangunan berhampiran tangki air sebelum terjatuh di aras tiga di bahagian tepi tangga.

“Setakat ini, tiada elemen jenayah dikenal pasti dalam kejadian tersebut dan siasatan mendapati ia berlaku akibat kecuaian mangsa,” katanya.

Screenshot 2026 06 30 170857

Artikel berkaitan: Murid Tahun 5 J*tuh Bangunan Ketika Ambil Kasut Bukan Mangsa Buli, Ini Rupanya Cerita Sebenar

Artikel berkaitan: Pelajar Lari Selamatkan Diri, Bangunan Sekolah Runtuh Kerana Gempa Bumi Di Filipina

Bagaimanapun, kes ini masih diklasifikasikan sebagai rujukan agensi (ROA) bagi tindakan lanjut pihak sekolah.

Menerusi keterangan polis, seramai lima individu kalangan rakan mangsa dan guru sekolah telah dirakam keterangan bagi membantu siasatan.

Dalam perkembangan sama, keadaan mangsa kini dilaporkan stabil selepas sedarkan diri dan dipindahkan ke hospital swasta oleh ahli keluarganya untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Pada 22 Jun lalu, seorang pelajar lelaki tingkatan satu dikejarkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) akibat kecederaan parah selepas terjatuh dari bangunan dalam kawasan sebuah sekolah.

Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.