“Ni bapak puteri ayu” – Netizen Terbahak Tengok Kuih Yang Dibuat Oleh Ibu Lelaki Ini

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Korang mesti pernah makan kuih tradisional kan? Apa favourite korang? Kalau admin, karipap pusing, kuih cara, nona manis dan lepat pisang. Kuih puteri ayu pun not bad gak.

Pernah tak korang tengok kuih puteri ayu yang lain dari yang lain. Kali ni admin nak share kuih puteri ayu lain dari yang lain oleh @_amirakhtar di akaun Twitter miliknya.

Bapak besar!

Ni haa cerita dia. Mula-mula nak buat puteri ayu biasa, tapi tak sangka pulak pakai acuan kuih bengkang. Amik kau sekali besar, puas nak makan.

Sedap weh dapat puteri ayu hujung minggu ni. Susah gak nak cari dekat gerai nasi lemak tepi jalan. Selalu je habis awal. 

Ni lah dia puteri ayu tu. Sedap weh, gebu, lembut pastu ada kelapa dekat atas. Pergh. Padu beb!

Apa lah yang menyebabkan si ibu tu stress? Mesti ada benda tak kena dengan anak-anak dia. Takpun sebab duit kutu dapat lambat. Entah lah.

Haa.. Terkejut weh tengok puteri ayu bapak punya besar macam ni. Yang keliling dia kecik comel je. Ngap sekali je dalam mulut lepas tu settle. Kalau dah besar macam ni kena ngap berapa kali pun belum tentu habis. 

Besar macam ni dah memang level raja. Rasanya raja pun tak makan besar macam ni. Boleh hilang craving sebulan kalau makan besar macam ni. 

Haa.. kenyang seminggu weh. Besar macam ni kongsi satu family pun boleh. Mungkin lepas ni yang nak meniaga kuih tu boleh try buat kuih dalam skala besar macam ni, senang tak berebut, boleh semua orang rasa. 

Mungkin juga. Ada lebihan adunan tu kan, dan acuan dah takde, tengok bawah kabinet ada acuan bengkak. Boleh lah pakai dari membazir buang adunan tu. 

Hahaha. Sebagai penggemar kuih puteri ayu, saya setuju. Memang gelak weh. Lawak gila.

Admin pun tak expect benda ni. Ingatkan mula-mula tadi kuih tak jadi atau jadi bentuk lain, tapi tak sangka pulak jadi besar bapak ni. Hadoi kreatif betul!

Mungkin si ibu nak bergurau dengan anak-anak dia. Mungkin juga nak buat surprise dekat anak dia yang hantu kuih puteri ayu macam admin. Apa-apa pun makcik memang power lah buat kuih ni. saiz besar pun jadi elok je. 

 

Baca: “Lembaga tu tengah duduk atas balang kuih” – Tengah Syok Beraya Sekali Ada ‘Tetamu’ Lain

 

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Fahmy Rosli

Seorang Chef, pendengar muzik indie tanah air dan peminat tegar Kugiran Hujan. Optimis dan berwawasan. Motto hidup; “Mana ada perjuangan yang patah”.