in

“Lembaga tu tengah duduk atas balang kuih…” – Tengah Syok Beraya, Sekali Ada ‘Tetamu’ Lain

Lembaga Apa Tuuuuu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seram sejuk dibuatnya bila rumah terbuka raya yang disambut dengan kedatangan ramai tetamu tiba-tiba dihadiri ‘tetamu tak diundang’.



Itulah yang dilalui Ramlah apabila sambutan Syawal di rumah abangnya dekat Jelebu, Negeri Sembilan didatangi ‘lembaga’ tanpa muka. Menurutnya di Facebook, rumah terbuka itu diadakan pada hari raya ketiga dan rumahnya penuh dengan ramai tetamu.

Waktu tengah syok beraya tu, anak saudara lelakinya ambil gambar suasana dalam rumah dan masa tulah ‘tetamu’ tu muncul tanpa diundang.

Misteri Syawal ke-3, ‘tetamu tidak diundang’ muncul di hadapan kami tanpa disedari. Biasa tengok dalam Fb, ni kena kat diri sendiri. Serammmm ni, naik bulu roma I tau.” 

Hantu1
sumber: facebook

Kata Ramlah, 41, anak buahnya tu kemudian hantar gambar dekat Whatsapp group pada waktu Maghrib, kira-kira jam 7.58 malam. Dia sendiri pun dapat tahu tentang penampakan tu lepas diberitahu oleh kakaknya.

“Lepas dua minit gambar tersebut dikongsi, kakak saya tiba-tiba yang tengah duduk bangun ajak saya ke luar rumah sebab nak beritahu sesuatu.

“Kakak tunjuk gambar tu. Hanya Tuhan saja yang tahu masa tu saya memang terkejut bila tengok ada penampakan seperti seorang wanita dengan rambut mengerbang dalam gambar, betul-betul dekat tempat saya, kakak dan anaknya duduk.”

Hantu2
sumber: facebook

Lepas tu mereka masuk rumah dan minta semua ahli keluarga untuk periksa gambar dalam Whatsapp group tu. Bila semua dah tengok, masing-masing terkejut dan paling buat semua rasa seram ialah memang tak ada siapa pun dekat kedudukan lembaga itu.

“Yang ada hanyalah satu balang kuih raya biskut pelangi yang dibiarkan terbuka untuk dimakan. Lembaga tu macam tengah duduk atas balang di atas lantai.”

Hantu3
sumber: facebook

Katanya mungkin lembaga tu ikut masuk rumah sekali sebab keluarga kakaknya merupakan yang terakhir sampai kira-kira jam 7.40 malam.

Kesimpulannya, bila nak datang beraya kenalah pada waktu yang sesuai.”

Netizen yang baca posting Ramlah ada beri macam-macam komen. Ada yang kata saka lah, orang hantar sesuatu lah dan ada juga yang bergurau cakap itu adalah hantu Kak Limah datang nak beraya.

Baca: [Video] Seram! Lelaki Terkejut Angklung Bermain Sendiri, Batal Hasrat Nak Main Alat Muzik Untuk Kejut Sahur

Main Sendiri

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.