in

“Tarikh 13/8-26/8 ” – Netizen Bengang Orang Buang Gelang Pink Dekat Tepi Masjid

Ft Orang Buang Gelang Pink

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Geleng kepala bila melihat kelakuan ini, rupanya masih ramai lagi yang tak faham betapa bahayanya Covid-19 ini, tak ambil serius sampai sanggup ingat arahan KKM, buang gelang pink begitu sahaja apabila diarahkan untuk kuarantinkan diri.


 

Buang gelang pink tepi masjid

Seperti yang kita sedia maklum, jika individu itu diarahkan untuk memakai gelang kuarantin, individu tersebut tidak dibenarkan keluar selama sekurang-kurangnya 10 hari dari tempoh arahan yang diberikan.

Namun begitu viral di media sosial memperlihatkan gelang pink yang bertarikh dari 13 Ogos hingga 26 Ogos, difahamkan gelang ini dibuang di tepi Masjid Bunohan, Kelantan.

Orang Buang Gelang Pink 3 Orang Buang Gelang Pink 2 Orang Buang Gelang Pink

Perkongsian yang meraih 1.8K jumlah shares Facebook dalam masa 9 jam ini telah mengundang kemarahan ramai netizen. Ramai yang labelkan individu yang melakukan perkara sebegini sebagai pentingkan diri sendiri.

 

Selfish – Netizen

Orang Buang Gelang Pink 7 Orang Buang Gelang Pink 6 Orang Buang Gelang Pink 4

Dalam pada itu, ramai juga netizen yang bengang dengan sikap individu ini kerana sikap pentingkan diri ini adalah penyumbang kes semakin naik namun salahkan kerajaan, malah ada juga menegur individu yang ambil gambar ini supaya tidak menyentuhnya kerana bahaya.

 

Baca : Viral Gambar Lelaki Pakai Gelang Pink & Tak Pakai ‘Face Mask’ Isi Minyak Kereta, Ini Penjelasan Polis…

Ft Gelangpink 1

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.