Netizen Marah Tengok Trafik Sesak Keluar Ibu Kota, Polis Siasat Sama Ada ‘Total Lockdown’ Jadi Punca

Tambah ke Sumber Pilihan
Netizen Marah Tengok Trafik Sesak Keluar Ibu Kota, Polis Siasat Sama Ada ‘Total Lockdown’ Jadi Punca

Kerajaan Malaysia menerusi Majlis Keselamatan Negara (MKN) semalam telah bersetuju untuk menjalankan total lockdown fasa pertama seluruh negara dan akan berkuatkuasa mulai 1 Jun 2021 sehingga 14 Jun 2021.

Keputusan itu diambil selepas Malaysia mencatatkan rekod bilangan kes harian Covid-19 tertinggi sepanjang pandemik ini iaitu 8,290 kes. Total Lockdown Fasa 1 ini melibatkan semua sektor sosial dan ekonomi dan akan diperincikan MKN dalam masa terdekat.


Seakan kebetulan dengan pengumuman semalam, trafik keluar dari ibu kota sesak. Menurut laporan @AfiezyAzaman, sehingga artikel ini ditulis, kesesakan sepanjang 1 kilometer berlaku di Plaza Tol Gombak yang menghubungkan ibu negara dengan Pantai Timur tanah air. Pihak polis sedang melakukan siasatan samada kesesakan ini berpunca daripada orang ramai pulang ke kampung selepas pengumuman total lockdown semalam.

Screenshot 2021 05 29 At 12.57.11 Pm Screenshot 2021 05 29 At 12.57.23 Pm

Reaksi netizen

Rata-rata netizen meluahkan rasa tidak puas hati ke atas tindakan segelintir rakyat yang mengambil keputusan untuk merentas negeri pulang ke kampung. Mana tidaknya, bilangan kes Covid-19 semakin meningkat, lepas tu ada kluster balik kampung pulak kan. 

Screenshot 2021 05 29 At 12.57.50 PmKita sebagai rakyat yang patuh dengan arahan sepatutnya duduk rumah bagi memutuskan rantaian Covid-19 ni. Kalau nak balik sebab lockdown, siapa yang gagal sebenarnya ni?

Screenshot 2021 05 29 At 12.59.01 PmMin pun harap macam tu. Minta-minta lah takde kawan min yang terlibat dan sangkut dalam jem tu. Hanya perantau je yang faham perasaan perantau yang dah lama tak balik kampung.

Screenshot 2021 05 29 At 1.00.47 PmMin harap pihak polis yang melakukan siasatan mengambil tindakan tegas kepada orang yang balik kampung ni. Kesian kat frontliners terpaksa hadap kes beribu-ribu setiap hari.

Screenshot 2021 05 29 At 1.01.28 PmAda baiknya kita belajar dari kes-kes kematian yang berlaku sebab Covid-19 ni. Banyak yang min nampak orang hilang parents sebab balik kampung tak sedar bawa virus. Minta jauh lah benda-benda macam tu.

Screenshot 2021 05 29 At 1.01.48 PmTolonglah jangan pentingkan diri nak balik kampung. Orang lain boleh je duduk kat rumah tak balik kampung. Kalau macam ni, sampai bila kita nak duduk dalam keadaan pandemik ni. 

Tolonglah, masing-masing kena main peranan. Jangan pentingkan diri, please!

Baca: TERKINI : Perdana Menteri Umum Total Lockdown Seluruh Negara Berkuatkuasa 1 Jun Ini

Screenshot 2021 05 29 At 1.02.04 Pm

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Fahmy Rosli
Lagi tulisan Fahmy
Seorang Chef, pendengar muzik indie tanah air dan peminat tegar Kugiran Hujan. Optimis dan berwawasan. Motto hidup; “Mana ada perjuangan yang patah”.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Netizen Marah Tengok Trafik Sesak Keluar Ibu Kota, Polis Siasat Sama Ada ‘Total Lockdown’ Jadi Punca
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/netizen-marah-tengok-trafik-sesak-keluar-ibu-kota-polis-siasat-sama-ada-total-lockdown-jadi-punca/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM