in

Netizen Dah Naik Jelak Dengan Perangai Bella Astillah Yang Tak Makan Nasihat

Alifff

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam sekali lagi isu pergolakan rumah tangga Aliff Aziz dan Bella Astillah timbul, kalau diikutkan ini sudah kali ketiga Aliff buat hal.


Bella Astillah ada muat naik IG Story meluahkan rasa tidak puas hati. Menurut sumber, ia ditujukan kepada suaminya.

Dalam perkongsian itu,  Bella difahamkan sudah hilang sabar dan meminta agar Aliff berhenti  menjaja cerita kononnya dia yang menghalau suaminya keluar daripada rumah. Ujarnya lagi, keluarganya juga tahu perkara sebenar bahawa dia tidak menghalau Aliff.

 

Dedahkan lagi kecurangan Aliff

Aliffbella7

Dalam masa yang sama, Bella juga mendedahkan kecurangan Aliff yang terkini. Dikatakan, kali ini dengan wanita  baru di Johor.

Umumnya, Aliff telah mengecewakan Bella dengan pelakon Afifah Nasir ketika dalam pantang pada tahun 2017, dan pelakon baru Oktovia Manrose beberapa minggu lepas. Bagaimanapun, Bella memaafkan Aliff atas kesilapannya itu.

Memandangkan perkara ini berlaku berulang kali, netizen dah naik jelak dengan sikap Bella yang kerap mendedahkan kecurangan suami di media sosial tapi tak buat apa-apa tindakan. Mereka dah bosan dengar kisah rumah tangga pasangan ini.

 

Bella ni contoh satu kawan degil yang kita dah penat bagi nasihat – Netizen

Aliffbella5

Aliffbella Aliffbella2 Aliffbella3 Aliffbella4

Bagaimanapun, masih ramai yang mengutuk Aliff kerana tak serik-serik, cuma kali ini Bella juga menerima kecaman sebab netizen dah penat sangat dengan perangai Bella ni.

Entahlah, tak tahu nak komen apa. Mudah-mudahan mereka dapat jumpa jalan penyelesaian yang terbaik ..

 

Baca : “Suatu hari nanti bila kau kehilangan semuanya..” – Selepas Kematian Isteri 2 tahun lalu, Lelaki Ini Beri Nasihat Untuk Alif Aziz

Bellaastilah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.