Setiap orang mempunyai minat masing-masing. Kadangkala, bila dah jatuh minat ni, sesetengah orang tak kesah kalau spend duit demi minat mereka.
Seorang wanita ini juga termasuk dalam kategori mereka yang tidak kesah perabis wang demi minat mereka. Walau bagaimanapun, dia menjadi perbualan netizen selepas memuat naik satu video memaparkan hidangan makanannya sambil dikeliligi beberapa makeup jenama terkenal & high-end.
Memetik sumber, video pendek terbabit memaparkan seseorang yang sedang makan sambil dikelilingi beberapa makeup jenama terkenal seperti Chanel, Dior dan Yves Saint Laurent (YSL)
Bagaimanapun, bukan koleksi makeup dimiliki wanita ini yang menjadi perhatian ramai tetapi hidangan yang dimakannya kerana dia hanya makan sepinggan nasi berlaukkan garam dan tiga potong timun.
https://www.instagram.com/p/CiMiSr-jL0C/?hl=en
“Lain macam priority dia” – netizen
Meninjau di ruangan komen, netizen mempunyai perbezaan pendapat tentang video ini. Ada yang mengatakan ia adalah pilihan hidup masing-masing untuk mementingkan apa yang diperlukan dalam kehidupan. Namun, ada juga yang mengecam tindakan wanita ini kerana disifatkan tidak dapat membezakan antara keperluan dan kemahuan.
“Pilihan masing-masing, yang penting tak susahkan orang. Tapi kalau aku, lebih baik makan dari beli makeup mahal. Kos perubatan sekarang lagi mahal kalau sakit,” komen seorang netizen.
“Prinsip hidup aku, makanan nombor satu,” tulis pengguna lain pula.
Sumber: Suara.com
Baca: Skill Mekap Wanita Ini Jadi Perhatian, Solek Ubi Teratai Sampai Cantik Macam Manusia