in

Jenuh Bersihkan Kesan ‘Makeup’ Di Gogal, Krew Bagi Tips Buat Wanita Yang Nak Snokerling

Ft Snokerling

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Satu perkongsian daripada penyedia perkhidmatan pelancongan daripada AG Holiday telah mencuit hati berkenaan satu pesanan khas buat para wanita yang ingin melakukan aktiviti snorkeling di Pulau Redang.

Hantaran di TikTok itu memperlihatkan seorang krew begitu tekun memberus dan membersihkan gogal untuk membersihkan kesan makeup sambil berseloroh supaya tidak memakai solekan yang terlalu tebal jika melakukan aktiviti snorkeling itu.


Artikel berkaitan : Ditemui Terdampar Di Pantai, Warga Emas Meninggal Dunia Di Pulau Tioman

Artikel berkaitan : Nak Bercuti Dengan Tenang? Ini 6 Negeri Yang Confirm Sesak Masa Musim Cuti Sekolah Nanti

“Pesanan untuk wanita yang nak join trip snorkeling Pulau Redang, tak payah mekap tebal-tebal. Mekap normal je. Kalau kena begini, air mata nak basah nak cuci. Hak ni panggil foundation, penat nak cuci.”

@ag.holiday

Geng sek awok ke paka pongdeseng terlebih ni? 😅 #agholiday #daytrippulauredang #pulauredang #snorkelling #terengganu

♬ Chopin Nocturne No. 2 Piano Mono – moshimo sound design

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen kongsikan tips supaya mereka boleh menggunakan produk pembersih solekan di bahagian yang terkesan dan ia akan membuatkan kerja pembersihan akan jadi lebih mudah.

Selain itu, ada juga netizen yang menceritakan pengalaman mereka mendapat gogal yang ada kesan kotor solekan, sehingga ada yang memilih untuk membawa gogal sendiri.

Makeup Screenshot 2026 09 17 175517

Di samping itu, mereka juga ada kongsikan tips-tips lain kepada mereka yang ingin melakukan aktiviti ini dari aspek pakaian, pemakaian pelindung matahari, aksesori dan aspek keselamtan dan etika.

Tips wanita jika ingin snokerling

  • Pilih pakaian renang dan cover-up yang praktikal: baju renang yang selesa, rash guard untuk perlindungan UV dan skirt atau sarung nipis bila di darat. Elakkan pakaian yang terlalu longgar atau halangan pergerakan semasa berenang.
  • Bawa aksesori penting: topi, cermin mata hitam, sunscreen mesra laut (reef-safe), tuala cepat kering dan plastik kedap untuk simpanan barang basah.
  • Semak pakej dan fasiliti resort: jika menginap di Redang reef resort atau turut serta day trip, ambil tahu lokasi pengumpulan, waktu bertolak dan peralatan snorkel disediakan atau perlu sewa.
  • Jangan sentuh atau pijak terumbu karang: elakkan kerosakan pada ekosistem dan kecederaan diri. Kekal meluncur di atas air dan gunakan peralatan seperti life vest jika perlu.
  • Jaga jarak dengan hidupan laut: jangan mengejar atau mengusik ikan dan penyu.
  • Pakai rash guard atau baju lengan panjang nipis untuk elakkan sunburn terutama di bahu dan belakang.
  • Gunakan sunscreen yang ditandakan reef-safe untuk kurangkan kesan kepada terumbu karang Pulau Redang.
  • Bawa beg kecil untuk simpan barangan peribadi.

Sumber : TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.