in

Skill Mekap Wanita Ini Jadi Perhatian, Solek Ubi Teratai Sampai Cantik Macam Manusia

F3 Mkp Ubi E1662860761805

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bukan semua orang dikurniakan bakat untuk merias wajah dengan cantik. Memang power la mak andam yang boleh tutup cela dan buat muka kita jadi lebih lawa dari biasa.

Itu lah kemahiran yang dimiliki oleh seorang wanita ini apabila dia berjaya mengubah ubi teratai (lotus root) menjadi cantik sehingga mirip seperti seorang manusia iaitu wanita yang lawa.


Video mekap itu telah dimuat naik di akaun seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai jenn.lin01 baru-baru ini.

@jennysbeautylab

When lotu root put on makeup, could u still recognize it ?#makeupchallenge #asmrvideo #makeuptransformation

♬ original sound – Jenny

Dalam video yang berdurasi lebih kurang seminit itu, dapat dilihat wanita terbabit terlebih dahulu memakaikan ubi terbabit dengan headband berwarna putih, sama seperti yang dipakai oleh ramai wanita untuk menghalang rambut mereka daripada jatuh ke muka ketika pakai skincare.

Disebabkan kulit ubi tu macam ada hitam-hitam sikit, jadi dia pun guna foundation untuk menutup cela tersebut. Siap guna beauty blender lagi tu! 

Antara produk lain yang dipakaikan pada ubi teratai itu ialah kanta lekap, bulu mata palsu, eyeshadow, blusher dan gincu. Memang sama sebijik macam mekap manusia biasa.

Screenshot 500

SK-II dan NARS merupakan antara jenama produk kecantikan yang digunakan untuk merias wajah ‘ubi’ berkenaan.

Disebabkan wanita tu guna barang berjenama, ada yang berpendapat tindakannya itu dilihat seperti agak membazir. Mana la tahu mungkin produk tu dah nak expired, so, daripada buang je, baik guna untuk asah skill mekap kan. 

Walau bagaimanapun, rata-rata netizen TikTok lain pula memuji kemahiran wanita ini kerana hasil akhirnya sangat cantik dan memuaskan.

Screenshot 497

Ada yang siap kata ubi tu lagi lawa daripada diorang sendiri. Sehingga kini, video berkenaan telah ditonton sehingga 48 juta kali di platform tersebut!

Ketika menjengah ke akaun TikTok wanita ini, rupa-rupanya dia juga pernah menyolek buah-buahan lain seperti tembikai dan melon.

Kalau dah berbakat tu, buah biasa pun boleh bertukar jadi lawa macam manusia kan. 

Sumber: TikTok @jenn.lin01

Baca: Korang Pun Boleh Cantik Macam Blackpink! Amalkan 6 Tips Penjagaan Kulit Ini 

Screenshot 496

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.