in

Netizen Berbalah Hanya Kerana Tweet Kuey Teow Goreng dan Basah. Korang Team Mana?

Ckt F

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jangan buat main-main dengan orang Malaysia dan makanan! Haa kalau dulu kecoh pasal rendang ayam crispy, tapi kali ni heboh pulak di Twitter pasal makanan yang berasal daripada kaum Cina namun popular bagi semua kaum di Malaysia iaitu Char Kuey Teow.

Menerusi sebuah tweet yang viral di Twitter, netizen bernama Nik Munawwar telah meluahkan rasa tidak puas hatinya akan sesetengah kedai Melayu yang menjual Char Kuey Teow basah. Katanya, mana wujud Char Kuey Teow basah! Eh ye ke? 


Whatsapp Image 2018 04 24 At 10.48.40 Am
sumber: twitter
Nik
sumber: twitter

Bagi yang masih tak tahu, ‘char’ dalam Bahasa Cina bermaksud goreng. Sebab tulah bila orang sebut, Char Kuey Teow maknanya dia nak Kuey Teow digoreng dan bukan Kuey Teow basah yang orang Melayu suka order tu. Ooo macam tu! 

Namun tweet ni secara tiba-tiba mendapat perhatian netizen sehingga ada yang bergaduh sesama sendiri kerana tak setuju pasal Kuey Teow goreng dan basah je! Eh biar betul korang ni? 

Char Kuey Teow dan Kuey Teow Goreng SAMA maksud

Netizen yang menggemari Char Kuey Teow kebanyakannya mengaku yang dorang selalu ada masalah nak explain kat pekedai yang dorang nak Char Kuey Teow dan bukan Kuey Teow basah. Bila dah order, tup-tup yang basah jugak sampai. Balik-balik dorang kena marah dengan tukang sebab tak sebut Char Kuey Teow ‘goreng’ awal-awal.

Aduhh kan ‘char’ tu dah maksud goreng! Haha!

Team Goreng 1

Team Goreng 2
sumber: twitter

Punyalah triggered pasal Kuey Teow, seorang netizen ni cakap Kuey Teow basah tu seolah-olah satu penghinaan terhadap makanan! Wow seriously! Chill sister chill! 

Kakak Bebel 1

Kakak Bebel 2
sumber: twitter

‘Kalau pergi kedai Melayu order je Kuey Teow goreng’

Namun bagi penggemar Kuey Teow basah, dorang rasakan benda ni hal kecik je dan Nik Munawwar tak perlulah nak heboh hanya kerana dia minat Kuey Teow goreng dan bukannya yang basah. Lagi senang kata netizen, sebut je Kuey Teow goreng terang-terang kalau pergi kedai Melayu sebab dorang mungkin tak faham maksud ‘char’ tu apa. Hmm ada betulnya kan? 

Team Basah 1

Team Basah 4

Team Basah 2
sumber: twitter

Papepun sama ada Kuey Teow goreng atau basah, dua-dua sangat sedap bagi admin. Tambah-tambah kalau ada kerang dan udang kan! Hahaha terliur admin pagi-pagi ni.

24499415101 Dd8E05C480 O
sumber: blog

Tak best lah bergaduh sebab Char Kuey Teow je kan? Masing-masing orang ada minat makanan tersendiri. Cuma tukang masak kenalah alert kalau pelanggan mintak Kuey Teow basah atau goreng. 

Baca: Netizen Mengamuk Bila Wanita Biadap Ni Sebar Fitnah Tentang Dr Fadi di Twitter 

Biadap

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.