in

“Neraka kirim salam” – Netizen Dah ‘Fed Up’ Tegur Fasha Sandha Gara-gara Muat Naik Aksi Manja Dengan Tunang

Aidil Fasha

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Betullah kata orang, pasangan yang bertunang pasti akan lalui macam-macam dugaan dalam perhubungan sebelum menginjak ke gerbang perkahwinan. Baru-baru ni, Fasha Sandha telah memuat naik gambar bersama tunangnya yang admin rasa agak kontroversi.


Gambar yang viral di Instagram tu menunjukkan Aidil Aziz mendukung Fasha dalam keadaan yang agak tidak sopan. Perlakuan mereka juga dilihat oleh anak Fasha, Raysha.

 

Ingin tonjol kebahagiaan tapi dapat kecaman pulak? 

Menerusi posting Fasha, dia berkongsi detik-detik bahagianya bersama tunang dan anak ketika berjogging bersama-sama. Namun gambar tu pulak tiba-tiba menjadi topik membawang netizen apabila ia jelas sekali kelihatan tak manis kerana status Fasha dan Aidil hanya bertunang dan belum lagi berkahwin serta sah menjadi suami isteri. 

Disebabkan itu, Instagram pelakon ini dilimpahi pelbagai komen netizen yang menegur dan mengecam tindakan tersebut terutamanya adegan tu pulak beri contoh tak baik kepada anak-anak Fasha.

Haram Sis
sumber: instagram

 

“Hanya Allah tentukan Halal dan Haram. Bukan manusia” 

Tak hanya berdiam diri dengan kecaman yang dilemparkan terhadapnya, Fasha bersuara dengan membalas beberapa komen dalam nada tenang dan sopan. Tetapi netizen tetap tak berpuas hati sebab balasan tersebut dilihat seperti Fasha tak boleh terima teguran dan mempermainkan hukum hakam agama. Alamak! 

1 Vert 2
sumber: instagram

Sungguhpun ramai yang kecam, masih ada jugak menyokong Fasha dan mendoakan semoga dia tabah hadapi dugaan. Apa-apapun diharapkan Fasha ambillah teguran netizen tu dengan cara yang baik. Tu tandanya netizen sayang. 

Baca: “Sebenarnya Netizen Ni Bengap..!” – Tajul Dikecam Sebab Kurang Ajar

Tajul

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.