in

Dua Beradik ‘Rembat’ Kad ATM Nenek, Belanja ‘Sakan’ Lebih RM87K Beli Barang Branded

Ft Atm Final

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

“Cucu derhaka”. Itu gelaran yang layak diberikan kepada dua orang adik beradik ini yang sanggup ‘memperdajal’ neneknya sendiri. Dua beradik yang masih berusia belasan tahun ini sanggup ‘merembat’ kad ATM milik neneknya.


 

Curi kad ATM nenek, shopping barang branded

Bukan itu sahaja, mereka malah telah menghabiskan sebanyak SGD28,500 yang bersamaan dengan RM87,070 untuk shopping barang-barang yang berjenama.

Menurut WorldofBuzz yang memetik laporan Lianhe Zaobao, insiden ini dikatakan berlaku pada bulan Mac tahun ini di Singapura.

Card

 

Belanja lebih RM87 ribu dalam masa seminggu

Pasangan adik-beradik itu yang terdiri daripada seorang lelaki (19) dan perempuan (18) ‘kantoi’ mencuri kad milik neneknya dan menggunakan wang simpanan tersebut untuk membeli pelbagai barang-barang berjenama.

Mereka berjaya berhabis sebanyak lebih daripada RM87 ribu dalam tempoh hanya seminggu!

Antara barangan berjenama yang dibelanjakan termasuklah pelbagai pakaian baru, alat kosmetik, barang berjenama dan juga telefon pintar!

Remaja lelaki itu dikatakan telah terlihat kad ATM kepunyaan neneknya yang berada di atas katil. Dia kemudiannya telah mengambil kad itu tanpa pengetahuan sesiapa.

Si abang bertindak memberitahu adik perempuannya yang secara kebetulan mengetahui kata laluan kad ATM neneknya itu. Mereka dikatakan ‘berkerjasama’ untuk menghabiskan wang simpanan milik neneknya itu.

Neneknya yang menyedari kehilangan kad ATM dan juga wang simpanan dalam akaun banknya itu telah bertindak untuk membuat laporan polis. Dia juga tidak tahu bahawa kedua-dua cucunya sendiri yang menjadi ‘dalang’ disebalik kejadian itu.

Grandma

Melalui siasatan yang dijalankan, pihak polis berjaya menemui pelbagai barang berjenama seperti kasut, pakaian, underwear, alat kosmetik, dompet, iPhones dan smartwatch dalam rumah mereka.

 

Siap masukkan duit sebanyak RM3 ribu dalam akaun ibu

Bukan itu sahaja, remaja perempuan itu juga ‘kantoi’ memasukkan sejumlah wang bernilai SGD1,013 (RM3,095) ke dalam akaun bank ibu mereka yang tidak tahu bahawa wang itu adalah hasil curi.

Kedua-dua beradik itu kini telah dihadapkan ke mahkamah dan dikenakan sebanyak 5 pertuduhan dan bakal dikenakan hukuman pada tarikh yang akan ditetapkan kemudian.

Mencuri dah sah-sah salah, tapi kalau dah sanggup mencuri daripada nenek sendiri? 

Baca: “Curi sebab nak showoff dekat gf” – Dua Beradik Menyamar Nak Check Dashcam Sebelum Bawa Lari MPV Polis Baca Curi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.