in

Nenek 106 Tahun Ini Kongsi Tips Hidup Lama, Makan Big Mac Tiap Minggu

Fi Big Mac

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Korang pernah nampak tak nenek yang dah berumur tapi masih lagi sihat dan ada kudrat tak macam umur diorang? Bukan setakat sihat je, ada juga yang maintain cantik macam anak dara! Apa lah agaknya rahsia awet muda diorang tu kan?


Di Pennsylvania, seorang wanita warga emas baru sahaja menyambut hari lahirnya yang ke 106 tahun ini! Lebih seabad ya hidupnya! 

Dorothy Nedd dari Philadelphia Selatan ini berkongsi tips umur panjangnya dengan mengamalkan makan Big Mac setiap minggu! Mesti korang pun terkejut kan?

Menurut cucunya, Zulema yang menetap dan menjaganya, neneknya itu masih lagi sihat. Zulema juga berkata, selain agama (Kristian), McDonald’s juga merupakan rahsia dia masih sihat dan awet muda.

Media Big Mac 2

 

“Nenek selalu bawa saya ke gereja, dan selepas itu kami akan ke McDonald’s untuk membeli Big Mac. Dia dah lama amal makan Big Mac sejak dulu lagi,” jelas Zulema.

Dikurniakan 9 cicit dan seorang piut, Dorothy sangat menghargai keberadaan keluarganya di sisi. Namun, dia tidak dapat berjumpa dengan keluarganya selalu sejak beberapa tahun ini.

“Keluarga kami selalunya akan berkumpul pada setiap Jumaat, namun selepas berlakunya pandemik, sukar untuk kami berjumpa dan hanya berhubung melalui FaceTime sahaja.” kata cucunya itu.

Ahli keluarganya yang lain amat merinduinya namun mereka tidak mahu mengambil risiko berjumpa memandangkan pandemik ini masih belum reda dan boleh menjejaskan kesihatannya.

Pun begitu, impian Dorothy bagi hari lahirnya ini hanyalah untuk ada lebih banyak kenangan manis sepanjang hidupnya.

Baca: Melawan hukum burger- Sanggup Basuh Satu Persatu Isi Burger, Netizen Pelik Gadis Tak Suka Makan Dengan Sos

Baca Big Mac

Sumber: Fox29

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.