in

“Melawan hukum burger” – Sanggup Basuh Satu Persatu Isi Burger, Netizen Pelik Gadis Tak Suka Makan Dengan Sos

Makan Burger Tak Mahu Sos

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa kat sini peminat burger? Haa tak kiralah burger mahal yang roti warna hitam tu ke, burger fast food restaurant ke, mahupun burger tepi jalan… semua ada kelebihannya sendiri, kan?


Namun bagi peminat burger, selain daripada isi burger seperti daging atau patties yang dimasak enak, sos juga antara komponen penting bagi penambah rasa di dalam burger tersebut.

Pexels Photo 3826273

Tapi tahukah korang, rupa-rupanya ada yang tak suka makan burger bersama dengan sos? Hmm… 

 

“Paling gak suka burger dikasi sos”

Perkara ini telah dikongsikan oleh pengguna TikTok dari Indonesia, @ivymeowmy yang mengakui tidak suka memakan burger bersama sos.

Menerusi videonya, gadis ini dilihat sedang membasuh setiap isi di dalam burger tersebut termasuklah sayur-sayuran yang dicelup ke dalam air kerana semuanya terkena sos. Malah daging dan roti yang terkena limpahan sos juga dikaut menggunakan sudu.

@ivymeowmy

Paling gak suka burger dikasi saos. Bukan krna gak suka pedes?

♬ Langit – punyamu

Menurutnya, pada awal lagi dia sudah memberitahu penjual untuk tidak memasukkan sos ke dalam burgernya.

Padahal udah dibilang jangan dikasi sos sedikit pun. 

“Paling tak suka burger dikasi sos. Bukan kerana tak suka pedas,” tulisnya.

 

“Rasanya seperti makan roti pakai sos”

Merasa pelik dengan tindakan gadis tersebut, ramai di kalangan netizen bertanya sebab dia tidak mahu memakan sos bersama dengan burger. Malah ramai juga mengatakan sos lah yang membawa kesedapan atau keenakkan pada burger tersebut.

Tak Mau Sos

Pun begitu menurut pemilik TikTok ini, dia ada sebab yang kukuh untuk tidak mahu memakan burger bersama sos. Katanya, rasa sos yang kuat dan terlalu banyak sebenarnya telah menenggelamkan rasa daging di dalam burger itu.

Menurut aku burger, kebab dan sejenisnya dikasi sos rasa macam makan roti dengan sos sahaja. Daging, telur, dan lain-lainnya tak terasa kerana tertutup dengan rasa sos,” jelasnya.

Sebab Tak Mahu Makan Sos

 

“Semua orang ada hak untuk enjoy makanan dengan cara yang diorang nak” 

Di sebalik komen kritikan, ada juga yang berpendapat ia adalah hak masing-masing untuk memakan sesuatu makanan dengan cara mereka tersendiri.

Malah ada juga yang mengakui mereka berkongsi cara yang serupa seperti gadis ini kerana tidak suka memakan burger bersama sos.

Makan

Makanlah dengan cara apa sekalipun asalkan makan dan jangan membazir. Bagi admin, setiap seorang dari kita ada selera makan unik yang tersendiri.. 

Baca: “Katanya jadi lebih manis” – Tabur Garam Pada Tembikai, Ini Cara Unik Sesetengah Orang Makan Buah

Tembikai

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.