Umum sedia maklum akan krisis yang sedang melanda dunia, iaitu perang antara Rusia dan Ukraine. Akibat daripada krisis ini, banyak jenama-jenama terkemuka dunia menghentikan jualan dan pasaran produk mereka di Rusia, termasuklah rangkaian restoran makanan segera McDonald’s.
Tidak lagi dapat menikmati makanan dari McDonald’s, warga Rusia telah memborong makanan dari restoran makanan segera itu sebelum ianya berhenti beroperasi akibat boikot kerana serangan ke atas Ukraine.
Kesan daripada penutupan sementara 850 restoran McDonald’s, burger McDonald’s kini dijual dengan harga yang tak masuk akal. Memetik laporan dari Indy100, sebiji burger Big Mac kini dijual dengan harga £250, bersamaan kira-kira RM1,367.
Satu gambar dari sumber menunjukkan sebuah peti ais dipenuhi dengan burger McDonald’s yang kini dijual kepada warga Rusia melalui laman web Avito.
Antara yang dijual di laman web itu adalah, sos dalam paket, burger ayam, burger daging dan sehinggalah menu lengkap McDonald’s yang dijual pada harga £639, bersamaan kira-kira RM3,494.
Baca: Rangkaian Jenama Besar Mula Hentikan Operasi Di Russia Bakal Sebabkan Kerugian Besar