in

Negara Banyak Hutang Tapi Makan Daging RM2,000?

Wagyu Waguyuuuuuu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau semalam isu ‘Sila duduk dan jangan lari’ jadi topik hot sampai trending kat media sosial, hari ni muncul pulak satu berita yang tak sedap didengar mengenai persidangan Parlimen lepas. Menurut mStar, gambar menu sajian mewah berasaskan daging lembu wagyu yang dihidangkan di Parlimen telah tular di Twitter.


Ditke92Ueai9Jq3
sumber: twitter
Ditkfcmuwauybwm
sumber: twitter

Menu ‘daging wagyu masak kicap’ tersebut menarik perhatian netizen gara-gara pemilik Twitter claim yang harga daging ni bukan calang-calang. Boleh mencecah antara RM1,500 hingga RM2,000 sekilogram bagi gred B. Wow! Daging apa tuuu mahai sangat!

Ditkfukvmaazmic
sumber: twitter

Pengguna Twitter Duke of KL persoal sebab kenapa sajian mewah ni dihidangkan semasa pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan, padahal bukankah Menteri Kewangan cakap yang negara kita sedang hadapi bebanan hutang sebanyak RM1 trilion. Ye tak ye jugak kan? 

“Hutang negara ‘RM 1 Trilion’. Rakyat pula terhimpit dengan kos sara hidup yang tinggi. 

“Tapi di Dewan Rakyat, mereka jamu daging Wagyu yang berharga RM2,000 sekilo. Tahniah kerajaan Pakatan Harapan,” tulis Duke of KL.

Duke
sumber: twitter

Rata-rata netizen di Twitter bertelagah sesama sendiri dengan ada yang setuju bahawa kerajaan PH menyajikan daging wagyu, namun ada jugak yang tak setuju sebab daging wagyu mempunyai pelbagai jenis. Ada yang sekilo harga ratusan ringgit je. Emmmmm…

Wagyu
sumber: twitter

Namun lebih mencuit hati, netizen jugak persoal, kenapa daging wagyu yang mewah dimasak kicap pulak? Macam jatuhkan standard daging ni je! Haha!

Kicap
sumber: twitter

Menurut sumber kerajaan, daging wagyu ni hanya disajikan kepada pemimpin tertinggi saja termasuklah Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Speaker Dewan Rakyat, Speaker Dewan Negara, 2 Timbalan Speaker dan Ketua Hakim Negara yang duduk semeja.

Manakala Ahli Parlimen, Senator, Menteri Kabinet, ADUN dan duta-duta hanya menikmati hidangan bufet yang disediakan.

“Tempat duduk bebas. Hidangan bufet ada sate, murtabak, mi goreng, nasi goreng, wantan goreng dan siu mai goreng.

“Untuk pencuci mulut pula ada sandwich, sosej roll, puding dan kek mini,” kata sumber tersebut.

Untungler sapa dapat merasa daging wagyu…

Baca: [VIDEO] Memang Win Ayat Agong Bagi Dekat MP 

Agong Perli Yalls

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.