in

Neelofa & PU Riz Dijangka Bakal Bersanding Dekat The St. Regis Jumaat Ni?

Collage 50

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Beberapa hari lepas, Noor Nabila dan Engku Emran mendirikan rumah tangga selepas khabar angin mengenai pertunangan mereka tular di media sosial.


Apa yang menariknya, khabar angin yang tular minggu lalu mengatakan Noor Nabila dan Engku Emran bakal bernikah Jumaat lalu ternyata betul! So tekaan kali ni?

Neelofa bakal dirikan rumah tangga Jumaat ni?

Sebentar tadi, wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam telah memuat naik satu ciapan di Twitter mengatakan yang Neelofa dan Pu Riz bakal mendirikan rumah tangga Jumaat ini.

Manakala, majlis bersanding pula dikatakan akan dibuat di hotel mewah terkemuka The St. Regis Kuala Lumpur. Wahhh, dua minggu berturut-turutlah makan nasi minyak family Neelofa ni!

Pun begitu, pihak Neelofa mahu pun Pu Riz sendiri masih mengunci mulut mengenai khabar angin ni.

Tak cukup dengan itu, menerusi perkongsian di IG Story Neelofa, dia telah memuat naik tiga potong doa meminta agar netizen mendoakan agar segala urusannya dipermudahkan tapi netizen perasan gambar latar belakang gambar tersebut merupakan dirinya tengah fitting baju pengantin. Tajam betul mata netizen ni!

Perkara ini secara tak langsung menguatkan lagi desas desus yang bekas pengacara ini bakal melangsungkan perkahwinannya tak lama lagi.

Apa apa pun kita doa je yang terbaik untuk dorang okay?

 

Baca: Tular Video PU Riz ‘Belek Samping Songket’, Neelofa Bakal Bernikah Hujung Minggu Ini?

Riz Lofa Kawin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.