in

Tular Video PU Riz ‘Belek Samping Songket’, Neelofa Bakal Bernikah Hujung Minggu Ini?

Riz Lofa Kawin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru sahaja selesai majlis perkahwinan Noor Nabila dan Engku Emran, kini muncul pula khabar angin yang mengatakan pelakon dan pengacara terkenal, Neelofa bakal melangsungkan pernikahannya pada hujung minggu ini bersama PU Riz.



Malah menurut Harian Metro, antara tarikh yang kini hangat diperkatakan netizen ialah antara 25 hingga 27 Mac ini. Walau bagaimanapun, sehingga kini tiada bukti kukuh yang mengatakan berikut adalah tarikh yang dipilih pasangan ini untuk ‘naik pelamin’.

921234

Apa yang menarik perhatian ialah menerusi Instagram @lofa.page, semalam telah memuat naik video PU Riz atau nama sebenarnya, Haris Ismail di sebuah kedai sedang membelek samping songket. Pun begitu, video tersebut dipadam beberapa jam kemudian.

112959B40Hr3Il70Zfj79E.jpg.thumb

Tanda pagar #NLFH juga kini aktif digunakan oleh peminat Neelofa dengan memuat naik gambar dan video pasangan terbabit juga menguatkan lagi dakwaan yang mengatakan mereka bakal berkahwin tidak lama lagi.

Rata-rata netizen dalam pada itu hanya mendoakan pasangan kebahagian pasangan tersebut.

Lofa 1 Horz

Dalam pada itu, usaha bagi mendapatkan penjelasan sebenar berkaitan khabar angin ini daripada pasangan terbabit termasuklah ahli keluarga dan pihak pengurusan mereka tidak berhasil kerana tidak menjawab panggilan mahupun membalas mesej.

Apa-apapun kita doakan semoga semuanya berjalan lancar. Tak sabar nak tengok Lofa naik pelamin dengan PU Riz kan!

Baca: Nabila & Engku Emran Sah Bernikah! Neelofa Muat Naik IG Story Pernikahan Mereka Pagi Ini

Nabila 3

Sumber: The Star
Sumber: Cari Forum
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.